Tuesday, 25 January 2011

Sufi's Life - FIQH AHLUSUNNAH WALJAMAAH

Posted on  by salafytobat

Ibnul Qayyim (Scan Kitab Ar-ruh) : Sampainya hadiah bacaan Alqur’an dan Bolehnya membaca Al-Qur’an diatas kuburan

Ibnul Qayyim (Scan Kitab Ar-ruh) : Sampainya hadiah bacaan Alqur’an dan Bolehnya membaca Al-Qur’an diatas kuburan
Scan Kitab bahasa Arab :
Cover :
kitab aroh arab cover
Baca Yang berwarna Merah  (page 5 digital book):
Aroh arab page 5ok
kitab ar-rooh (ar-ruh digital) Bisa di download di :
Scan kitab ar-ruh tarjamah (bahasa melayu) :
cover :
kitab ar-ruh ibnu qayyim_0004
Kitab ar-ruh :
kitab ar-ruh ibnu qayyim_0003
kitab ar-ruh ibnu qayyim_0002
Teks Arab Kitab Arruh Ibnu qayyim pada halaman 5 (kitab digital) :
وقد ذكر عن جماعة من السلف أنهم أوصوا أن يقرأ عند قبورهم وقت الدفن قال عبد الحق يروى أن عبد الله بن عمر أمر أن يقرأ عند قبره سورة البقرة وممن رأى ذلك المعلى بن عبد الرحمن وكان الامام أحمد ينكر ذلك أولا حيث لم يبلغه فيه أثر ثم رجع عن ذلك   وقال الخلال في الجامع كتاب القراءة عند القبور اخبرنا العباس بن محمد الدورى حدثنا يحيى بن معين حدثنا مبشر الحلبى حدثني عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج عن أبيه قال قال أبى إذا أنامت فضعنى في اللحد وقل بسم الله وعلى سنة رسول الله وسن على التراب سنا واقرأ عند رأسى بفاتحة البقرة فإنى سمعت عبد الله بن عمر يقول ذلك قال عباس الدورى سألت أحمد بن حنبل قلت تحفظ في القراءة على القبر شيئا فقال لا وسألت يحيى ابن معين فحدثنى بهذا الحديث   قال الخلال وأخبرني الحسن بن أحمد الوراق حدثنى على بن موسى الحداد وكان صدوقا قال كنت مع أحمد بن حنبل ومحمد بن قدامة الجوهرى في جنازة فلما دفن الميت جلس رجل ضرير يقرأ عند القبر فقال له أحمد يا هذا إن القراءة عند القبر بدعة فلما خرجنا من المقابر قال محمد بن قدامة لأحمد بن حنبل يا أبا عبد الله ما تقول في مبشر الحلبي قال ثقة قال كتبت عنه شيئا قال نعم فأخبرني مبشر عن عبد الرحمن بن العلاء اللجلاج عن أبيه أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عند رأسه بفاتحة البقرة وخاتمتها وقال سمعت ابن عمر يوصي بذلك فقال له أحمد فارجع وقل للرجل يقرأ
وقال الحسن بن الصباح الزعفراني سألت الشافعي عن القراءة عند القبر فقال لا بأس بها   وذكر الخلال عن الشعبي قال كانت الأنصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرءون عنده القرآن قال وأخبرني أبو يحيى الناقد قال سمعت الحسن بن الجروى يقول مررت على قبر أخت لي فقرأت عندها تبارك لما يذكر فيها فجاءني رجل فقال إنى رأيت أختك في المنام تقول جزى الله أبا على خيرا فقد انتفعت بما قرأ أخبرني الحسن بن الهيثم قال سمعت أبا بكر بن الأطروش ابن بنت أبي نصر بن التمار يقول كان رجل يجيء إلى قبر أمه يوم الجمعة فيقرأ سورة يس فجاء في بعض أيامه فقرأ سورة يس ثم قال اللهم إن كنت قسمت لهذه السورة ثوابا فاجعله في أهل هذه المقابر فلما كان يوم الجمعة التي تليها جاءت امرأة فقالت أنت فلان ابن فلانة قال نعم قالت إن بنتا لي ماتت فرأيتها في النوم جالسة على شفير قبرها فقلت ما أجلسك ها هنا فقالت إن فلان ابن فلانة جاء إلى قبر أمه فقرأ سورة يس وجعل ثوابها لأهل المقابر فأصابنا من روح ذلك أو غفر لنا أو نحو ذلك
Membaca Al-qur’an Diatas Kubur Dan Mengadiahkan Pahalanya bagi Mayyit (Muslim)
Tarjamahannnya :
Pernah disebutkan daripada setengah para salaf, bahwa mereka mewasiatkan supaya dibacakan diatas kubur mereka di waktu penguburannya. Telah berkata abdul haq, diriwayatkan bahwa Abdullah bin umar pernah menyuruh supaya diabacakan diatas kuburnya surah al-baqarah. Pendapat ini dikuatkan oleh mu’alla bin hanbal, pada mulanya mengingkari pendapat ini kerana masih belum menemui sesuatu dalil mengenainya, kemudian menarik balik pengingkarannya itu setelah jelas kepadanya bahwa pendapat itu betul.
Berkata Khallal di dalam kitabnya ‘Al-jami’ : Telah berkata kepadaku Al-Abbas bin Muhammad Ad-dauri, berbicara kepadaku Abdul Rahman bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, katanya : Ayahku telah berpesan kepadaku, kalau dia mati, maka kuburkanlah dia di dalam lahad, kemudian sebutkanlah : Dengan Nama Allah, dan atas agama Rasulullah !, Kemudian ratakanlah kubur itu dengan tanah, kemudian bacakanlah dikepalaku dengan pembukaan surat albaqarah, kerana aku telah mendengar Abdullah bin Umar ra. Menyuruh membuat demikian. Berkata Al-Abbas Ad-Dauri kemudian : Aku pergi bertanya Ahmad bin Hanbal, kalau dia ada menghafal sesuatu tentang membaca diatas kubur. Maka katanya : Tidak ada ! kemudian aku bertanya pula Yahya bin Mu’in, maka dia telah menerangkan kepadaku bicara yang menganjurkan yang demikian.
Berkata Khallal, telah memberitahuku Al-Hasan bin Ahmad Al-Warraq, berbicara kepadaku Ali bin Muwaffa Al-Haddad, dan dia adalah seorang yang berkata benar, katanya :Sekalai peristiwa saya bersama-sama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari menghadiri suatu jenazah. Setelah selesai mayit itu dikuburkan, maka telah duduk seorang yang buta membaca sesuatu diatas kubur itu. Maka ia disangkal oleh Imam Ahmad, katanya : Wahai fulan ! Membaca sesuatu diatas kubur adalah bid’ah !. Apa bila kita keluar dari pekuburan itu, berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari kepada Imam Ahmad bin Hanbal : Wahai Abu Abdullah ! Apa pendapatmu tentang si Mubasysyir Al-Halabi ? Jawab Imam Ahmad : Dia seorang yang dipercayai. Berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari seterusnya : Aku menghafal sesuatu daripadanya ! Sangkal Imam Ahmad bin Hanbal : Yakah, apa dia ? Berkata Muhammad bin Qudamah : Telah memberitahuku Mubasysyir, daribada Abdul Rahman Bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, bahwasanya ia berpesan, kalau dia dikuburkan nanti, hendaklah dibacakan dikepalanya ayat-ayat permulaan surat Al-Baqarah, dan ayat-ayat penghabisannya, sambil katanya : Aku mendengar Abdullah bin Umar (Ibnu Umar) mewasiatkan orang yang membaca demikian itu.
Mendengar itu, maka Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepada Muhammad bin Qudamah : Kalau begitu aku tarik tegahanku (Bhs Ind : penolakanku ) itu. Dan suruhlah orang buta itu membacakannya.
Berkata Al- Hasan  bin As-sabbah Az-za’farani pula : Saya pernah menanyakan hal itu kepada Imam Syafi’i, kalau boleh dibacakan sesuatu diatas kubur orang, maka Jawabnya : Boleh, Tidak mengapa !
Khalal pun telah menyebutkan lagi dari As-sya’bi, katanya : Adalah Kaum Anshor, apabila mati seseorang diantara mereka, senantiasalah mereka mendatangi kuburnya untuk membacakan sesuatu daripada Al-Qur’an.
Asy-sya’bi berkata, telah memberitahuku Abu Yahya An-Naqid, katanya aku telah mendengar Al-Hasan bin Al-Haruri berkata : Saya telah mendatangi kubur saudara perempuanku, lalu aku membacakan disitu Surat Tabarak (Al-Mulk), sebagaimana yang dianjurkan. Kemudian datang kepadaku seorang lelaki danmemberitahuku, katanya : Aku mimpikan saudara perempuanmu, dia berkata : Moga-moga Allah memberi balasan kepada Abu Ali (yakni si pembaca tadi) dengan segala yang baik. Sungguh aku mendapat manfaat yang banyak dari bacaannya itu.
Telah memberitahuku Al-Hasan bin Haitsam, katanya aku mendengar Abu Bakar atrusy berkata : Ada seorang lelaki datang ke kubur ibunya pada hari jum’at, kemudian ia membaca surat Yasin disitu. Bercerita Abu Bakar seterusnya : Maka aku pun datang kekubur ibuku dan membaca surah Yasiin, kemudian aku mengangkat tangan : Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Kalau memang Engkau memberi pahala lagi bagi orang yang membaca surat ini, maka jadikanlah pahala itu bagi sekalian ahli kubur ini !
Apabila tiba hari jum’at yang berikutnya, dia ditemui seorang wanita. Wanita itu bertanya : Apakah kau fulan anak si fulanah itu ? Jawab Abu Bakar : Ya ! Berkata wanita itu lagi : Puteriku telah meninggal dunia, lalu aku bermimpikan dia datang duduk diatas kuburnya. Maka aku bertanya : Mengapa kau duduk disini ? Jawabnya : Si fulan anak fulanah itu telah datang ke kubur ibunya seraya membacakan Surat Yasin, dan dijadikan pahalanya untuk ahli kuburan sekaliannya. Maka aku pun telah mendapat bahagian daripadanya, dan dosaku pun telah diampunkan karenanya.
(Tarjamah Kitab Ar-ruh  Hafidz Ibnuqayyim jauziyah, ‘Roh’ , Ustaz Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura, 1990, halaman 17 – 19)
http://salafytobat.wordpress.com/2009/04/23/sampainya-hadiah-bacaan-al-qur%E2%80%99an-untuk-mayyit-orang-mati/

Kenduri Arwah – Syaikh Ahmad Khatib

Syaikh Ahmad Khatib bin ‘Abdul Lathif bin ‘Abdullah al-Minankabawi adalah salah seorang daripada ulama Jawi kita yang diberi kepercayaan menjadi khatib dan imam bagi pengikut mazhab Syafi’i di Masjidil Haram. Beliau dilahirkan di Kota Gedang, Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada hari Isnin, 6 Zulhijjah 1276 H / 26 Jun 1860M. Beliau wafat di Makkah pada 9 Jamadilawal 1334 H / 13 Mac 1916 M. Beliau menerima didikan agama daripada ramai guru-guru yang terkemuka pada zamannya, antara guru-guru tersebut adalah Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dan Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah Makki.
Beliau adalah seorang ulama yang luas dan dalam ilmunya serta teguh pendiriannya. Sungguhpun berilmu tinggi, beliau masih tetap berpegang dan bertaklid pada Mazhab Syafi’i dalam hukum-hakam fiqh dan mendokong Ahlus Sunnah wal Jamaah mengikut ajaran Imam Abu Hasan ‘Ali al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dalam aqidah. Sebagai contoh, dalam pertikaian dua orang muridnya yang berbeza pendapat. Yang seorang berpihak kepada `Kaum Tua’, beliau ialah Syeikh Hasan Ma’sum (1301 H/1884 M-1355 H/1974 M) yang berasal dari Deli, Sumatera Utara. Dan seorang lagi berpihak kepada `Kaum Muda’, beliau ialah Haji Abdul Karim Amrullah (ayah kepada Prof. Dr. Hamka). Syeikh Ahmad Khatib telah berpihak kepada Syeikh Hasan Ma’sum (Kaum Tua). Bahkan dalam satu kenyataannya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau menolak sumber asal pegangan Haji Abdul Karim Amrullah (Kaum Muda) yang menurut beliau telah terpengaruh dengan pemikiran Ibnu Taimiyah (661 H/1263 M – 728 H/1328 M).Dalam karya beliau “ar-Riyadhul Wardiyyah” beliau memberi penjelasan mengenai amalan “wahsyah” yang menurut keterangan beliau adalah amalan membuat kenduri di rumah orang mati, di mana pada halaman 101 dinyatakan:-
Tanbih:- Bermula memperbuat wahsyah ertinya berhimpun-himpun pada rumah mayyit, tiga malam, kerana mengaji dan menujuh hari dan meratus hari, maka segala itu bid’ah. Dan tiadalah jadi ia haram, melainkan jika diperbuat daripada harta anak yatim atau daripada harta mayyit yang ada atasnya utang. Dan serta keadaannya bid’ah, jika diniatkan dengan makan-makan itu akan sedekah, dan dijadikannya akan pahalanya bagi mayyit, dan dengan bacaan tahlil akan hadiah pahalanya kepada mayyit, maka nescaya sampai pahalanya bagi mayyit.
Maka, diharap sesiapa yang melakukan amalan kenduri arwah untuk menghiburkan diri dan keluarga si mati yang baru kehilangan orang yang dikasihi, juga menghiburkan si mati yang baru sahaja berpindah ke alam barzakh dengan iringan zikir, tahlil, doa dan sebagainya, biarlah dilakukan atas niat yang benar dan betul menurut ajaran para ulama kita yang mulia. Manakala sesiapa yang tidak berhajat untuk melakukan amalan “niga”, “nujuh” dan seterusnya, maka itu adalah hak mutlak kamu, tapi jangan kamu mencela dan mencemoh mereka-mereka yang melakukannya. Bukanlah kamu orang yang boleh mengetahui isi hati orang lain.

Hukum Anak Yang Keguguran

Berkata Syaikh Muhammad bin Ismail al-Fathani rhm. dalam “al-Bahrul Waafi wan Nahrush Shofi” halaman 212:-
(Dan adapun) anak yang guguran yang belum sempurna bulannya lagi tiada diketahui akan hidupnya dengan berteriak atau bergerak atau bernafas lagi belum nyata kejadiannya maka tiada wajib padanya sesuatu, bahkan haram sembahyang atasnya dan sunnat dibungkuskan dia dengan kain dan ditanamkan dia dan harus diberikan bagi kucing dan umpamanya.
(Maka jika) diketahui akan hidupnya dengan nyata salah suatu daripada tanda yang tersebut itu, maka hukumnya seperti yang besar. Maka wajib dimandikan dan dikafankan dan disembahyangkan dan ditanamkan dia kerana yakin hidupnya dan mati ia kemudian daripadanya.
Dan jika nyata kejadiannya jua, maka wajib dimandikan dan dikafankan dan ditanamkan dengan tiada sembahyang atasnya.
(Dan adapun) anak yang gugur kemudian daripada sudah sempurna bulannya, maka hukumnya seperti yang besar. (Kata) Syaikh Ramli, manakala sampai ia enam bulan wajib padanya barang yang wajib pada yang besar, iaitu dikerjakan empat perkara yang tersebut itu (yakni mandi, kafan, sembahyang dan tanam).
Untuk memudahkan pemahaman hukum-hukum yang berlaku terhadap anak atau janin yang keguguran, maka ini ambo nukilkan lagi keterangan dan rumusan dari “Fathul ‘Allaam” juzuk 3 halaman 298 -299 karya ‘Allaamah Syaikh Sayyid Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Lathif al-Jurdaani (w. 1331H/1913M) murid Syaikhul Islam Ibrahim al-Bajuri, seperti berikut:-
Keguguran 6 bulan ke atas:-
  • Jika anak yang keguguran itu sudah cukup bulan, iaitu 6 bulan qamariyyah yang merupakan sekurang-kurang tempoh kehamilan, maka yang muktamad dalam mazhab kita asy-Syafi’i, wajib dikerjakan ke atasnya apa yang wajib atas mayyit orang dewasa, iaitu wajib dimandikan, wajib dikafan, wajib disembahyangkan dan wajib dikebumikan. Tanpa mengira sama ada anak keguguran itu hidup tatkala dia keluar lalu kemudian mati, tanpa mengira sama ada sudah berupa atau berbentuk manusia atau belum. Asal 6 bulan ke atas, wajib dikerjakan 4 perkara tersebut. Ini qawl yang muktamad dalam mazhab dan dipegang oleh Imam ar-Ramli dan Imam al-Khathib.
  • Manakala Imam Ibnu Hajar pula mengikut fatwa guru beliau, Syaikhul Islam Zakaria al-Anshari, berpendapat bahawa jika anak yang keguguran itu keluar dalam keadaan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hidup, yakni keluar sudah mati, maka haram disembahyangkan, hanya wajib dimandikan, dikafan dan ditanam sahaja. Pendapat inilah yang disokong oleh Imam al-Qalyubi.
Keguguran di bawah 6 bulan:-
  • Jika janin yang keguguran itu keluar dalam keadaan mati DAN tidak berupa atau berbentuk seperti manusia, yakni tidak ada tanda-tanda kehidupan padanya tatkala dia keluar seperti menangis, bergerak atau bernafas, dan tidak pula dia mempunyai bentuk atau rupa seperti manusia, yakni mungkin ianya berbentuk seperti segumpal daging, maka tidaklah wajib apa-apa atasnya hanya harus (yakni mubah) dimandikan atau dibasuh dan sunnat dibungkus dengan kain dansunnat ditanam. Manakala sembahyang atasnya dihukumkan haram.
  • Jika janin yang keguguran itu ketika keluar zahir padanya tanda-tanda hidup, maka wajib dilakukan ke atasnya 4 perkara sepertimana yang dilakukan terhadap mayyit orang dewasa. Jika keluar hidup, walaupun tidak mempunyai rupa anak Adam, maka wajib 4 perkara.
  • Jika janin yang keguguran itu ketika keluar tidak menzahirkan yakni tidak kelihatan tanda-tanda hidup padanya, tetapi dia mempunyai rupa atau bentuk manusia, maka wajib dikerjakan padanya 3 perkara iaitu dimandi, dikafan dan ditanam. Manakala sembahyang atasnya hukumnya haram.
Sebagai ringkasan untuk memudahkan ingatan maka kita lihat rumusnya yang disyairkan oleh sebahagian ulama:-
Anak keguguran seperti orang dewasa
Tatkala wafat hukumnya

jika zahir tanda hidup ketika keluarnya

Jika tersembunyi tiada zahir tanda hidupnya

Tapi nyata kejadiannya rupa manusia
Dikerja tiga perkara padanya selain sholat tertegah adanya

Jika tersembunyi jua akan kejadiannya

Maka padanya tiada wajib apa-apa
Hanya dibungkus dan ditanam sunnat hukumnya.

Hukuman Murtad

Jenayah Riddah atau Jenayah Murtad mesti ditangani dan dibendung dengan sewajarnya. Janganlah dibiarkan berlaku tanpa sebarang tindakan, jika dibiarkan begitu saja, jawablah nanti depan Allah. Murtad adalah termasuk dalam jenis kekufuran yang terdahsyat dan merupakan jenayah besar terhadap Islam dan penganutnya. Sebagaimana dinyatakan oleh Imam an-Nawawi rhm. dalam “Raudhatuth Thoolibin“, jilid 7, halaman 283, di mana beliau menulis:-
هي من أفحش أنواع الكفر و أغلظها حكما
Ianya adalah dari sekeji-keji kekufuran dan yang paling berat hukumannya.
Islam mengajar bahawa tiada paksaan dalam beragama, yakni dalam menjadikan Islam sebagai agama anutan. Oleh itu, kita tidak memaksa orang yang bukan Islam untuk menukar agama mereka tanpa kerelaan hati mereka. Jika paksaan menjadi amalan umat Islam, maka tiadalah lagi penganut agama Hindu di India atau penganut Kristian di Sepanyol. Kewujudan penganut-penganut agama Hindu dan Kristian tersebut menjadi bukti nyata bahawa umat Islam tidak pernah menukar agama seseorang secara paksa walaupun umat Islam beratus-ratus tahun menguasai negeri-negeri tersebut.
Seseorang yang berada di luar Islam, tidaklah dipaksa memeluk Islam. Tetapi apabila dia masuk Islam, maka dia terpaksalah tunduk dan patut dengan segala ajaran Islam termasuklah kepada hukum riddah atau murtad. Seseorang itu tidak dibenarkan untuk murtad dengan sewenang-wenangnya kerana tindakannya untuk murtad akan mengakibatkan hukum hadd dijalankan ke atasnya. Haddnya tidak lain melainkan dibunuh dengan dipancung kerana tindakannya menjadikan agama sebagai persendaan dan permainan. Sungguh kita umat yang beragama, kita tidak akan membiarkan ghirah kita kepada agama dipermain-mainkan.
Pada halaman 296, Imam an-Nawawi rhm. menyebut:-
“… Dan orang yang murtad itu hukumannya adalah dibunuh dengan dipancung lehernya, dan bukannya dibakar atau lain-lain. Hukuman tersebut hendaklah dilaksanakan oleh pemerintah atau orang yang diberinya kuasa. Jika hukuman tersebut dilaksanakan oleh selain pemerintah (yakni tanpa kebenaran pemerintah) maka orang yang melaksanakan hukuman tersebut hendaklah dihukum ta’zir.
Orang yang murtad itu hendaklah disuruh bertaubat sebelum dibunuh. Adakah suruhan bertaubat ini hukumnya wajib atau mustahab? Dalam perkara ini terdapat dua qawl atau wajah; Yang adzharnya suruhan bertaubat ini adalah wajib. Berhubung kadar tempoh yang diberi untuk orang yang murtad itu bertaubat sebelum hukuman bunuh dilaksanakan terdapat dua qawl; Qawl yang pertama menyatakan bahawa tempoh penangguhan tersebut adalah tiga (3) hari, manakala qawl yang adzharnya ianya adalah ketika itu juga, jika orang murtad itu enggan bertaubat setelah disuruh, maka dia dibunuh ketika itu juga (yakni tidak diberi penangguhan 3 hari atau lainnya kerana dia enggan bertaubat dan tetap dengan keputusannya untuk murtad). Menurut pendapat yang lemah (qil) penangguhan tiga (3) hari tersebut adalah tidak wajib sekali-kali…..”
Inilah pegangan para ulama kita, asy-Syafi’iyyah, terhadap hukuman ke atas orang murtad. Yakni hukumannya adalah dibunuh dengan dipancung, tetapi sebelum hukuman dilaksanakan wajib kita suruh orang yang murtad itu bertaubat dan kembali kepada Islam. Jika dia enggan, maka tidaklah ditangguh hukuman tersebut 3 hari, bahkan bolehlah dilaksanakan hukuman pancung itu pada ketika itu juga.
Hukuman bunuh bagi orang lelaki yang murtad telah disepakati oleh para ulama kita dari kalangan mazhab 4. Adapun jika yang murtad itu perempuan, maka terdapat khilaf di mana Hanafiyyah berpendapat dia tidak dibunuh tetapi hendaklah disuruh bertaubat dan jika dia enggan maka dia hendaklah dipenjarakan sehingga dia mau bertaubat dan kembali kepada Islam atau dia mati dalam penjara. Manakala ulama mazhab Syafi’iyyah, Malikiyyah dan Hanabilah menyatakan hukuman bagi jenayah murtad adalah bunuh, tanpa mengira jantina.
Qadhi Abu ‘Abdullah Shadruddin Muhammad bin ‘Abdur Rahman bin al-Husain ad-Dimasqi al-Utsmani asy-Syafi’i (w. 780) pengarang kitab “Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah” pada halaman 228 menulis:-
” … Telah ittifaq (sepakat) para Imam bahawa sesiapa yang murtad dari Islam dia wajib (mesti) dibunuh. Yang menjadi pertikaian ialah:-
  1. sama ada hukuman bunuh tersebut dilaksanakan serta-merta atau ditangguh untuk orang murtad yang disuruh bertaubat itu bertaubat?
  2. sama ada suruhan bertaubat itu wajib atau mustahab?
  3. sama ada orang murtad yang enggan bertaubat setelah disuruh diberi penangguhan hukuman?
Imam Abu Hanifah rhm. berpendapat:- Tidak wajib disuruh bertaubat, orang murtad boleh dibunuh serta-merta melainkan jika dia memohon penangguhan, maka diberi penangguhan selama 3 hari. Di kalangan sebahagian sahabat beliau (yakni para ulama Hanafiyyah) berpendapat bahawa memberi penangguhan itu dihukumkan sunnat walaupun si murtad tidak memohon penangguhan.
Imam Malik rhm. berpendapat: Wajib menyuruhnya bertaubat, dan jika dia bertaubat ketika itu maka diterima taubatnya. Jika dia enggan bertaubat pada ketika disuruh untuk bertaubat, maka dia diberi penangguhan 3 hari agar dia bertaubat, dan jika dia enggan bertaubat setelah tempoh penangguhan tersebut, barulah dia dibunuh.
Imam Syafi’i rhm. mempunyai dua pendapat berhubung menyuruh orang murtad untuk bertaubat dan yang adzhar ianya adalah wajib. Begitu pula dengan memberi penangguhan, beliau juga mempunyai dua pendapat dan yang adzhar ianya adalah wajib. Jika penangguhan tidak memberi apa-apa faedah yakni si murtad memang telah nekad untuk keluar Islam walaupun sudah disuruh bertaubat, maka Imam Syafi’i mempunyai dua pendapat berhubung penangguhan ketika itu, dan yang adzharnya adalah tidak wajib diberi penangguhan walaupun diminta oleh orang yang murtad itu dan dia dibunuh ketika itu juga (yakni jika disuruh bertaubat, si murtad enggan, maka dia dibunuh tanpa diberi penangguhan kerana keengganan untuk bertaubat itu).
Imam Ahmad rhm. mempunyai dua riwayat berhubung suruhan bertaubat bagi orang yang murtad. Pendapat yang pertama adalah sama seperti pendapat mazhab Maliki, manakala pendapatnya yang kedua menyatakan yang suruhan bertaubat itu bukanlah satu kewajipan (yakni tidak wajib). Berhubung hukum memberi penangguhan, maka berlaku perbezaan pendapat dalam mazhabnya kepada 3 pendapat yang berbeza.
….. Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad berpendapat bahawa hukuman bagi orang yang murtad adalah sama, tanpa mengira jantina. Imam Abu Hanifah pula berpendapat bahawa orang perempuan yang murtad hendaklah dipenjarakan dan tidak dihukum bunuh.
Syaikh ‘Abdul Qaadir ‘Awdah dalam “at-Tasyrii’ al-Jinaa-i al-Islamiy” halaman 720 memperjelaskan lagi pendapat Abu Hanifah tersebut dengan menyatakan bahawa menurut Imam Abu Hanifah perempuan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Islam dengan setiap hari disuruh bertaubat dan diajarkan dia ajaran Islam sehingga dia mau bertaubat atau dia mati dalam penjara tersebut. Jadi bukanlah ertinya dia dipenjarakan semata-mata sehingga ajalnya tiba.
Allahu … Allah, berat – berat hukuman terhadap pelaku jenayah murtad ini. Dalam Kes Mal No. 07100-043-0191-2006 kes murtad Siti Fatimah bt. Abdullah @ Tan Ean Hung (ini adalah kes murtad kerana Siti ni telah memeluk Islam pada 25/7/1998, jadi tak timbul isu “menentukan status agama”, tok sahlah nak kelentong, ini adalah kes murtad), Y.A. Tuan Haji Othman bin Ibrahim, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dalam alasan penghakimannya menyatakan bahawa “riddah” itu adalah sekeji-keji kekufuran dan mendapat seberat-berat hukuman. Y.A. Tuan Hakim juga menyatakan kesepakatan ulama mengenai hukuman bunuh terhadap orang murtad dan beliau turut menukilkan beberapa nash mengenainya antaranya hadits:
من بدل دينه فاقتلوه
“Sesiapa yang menukar keIslamannya, bunuhlah dia. (Terjemahan beliau)
Juga beliau nukilkan keterangan kitab “Kifayatul Akhyar” yang menyatakan:-
“Barangsiapa yang keluar daripada Islam, ia diminta bertaubat tiga kali. Jika bertaubat (diterima taubatnya dan ia kembali kepada Islam) dan jika tidak, dia dibunuh, dan tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam.” (Terjemahan beliau)
Maka di sini, aku ingin bertanya:- Adakah Siti Fatimah Tan bt. Abdullah ini telah disuruh atau diperintahkan untuk bertaubat dan kembali kepada Islam? Pertanyaanku ini adalah kerana dalam alasan penghakiman yang ada padaku tak nampak pulak suruhan tersebut yang merupakan satu kewajipan menurut mazhab jumhur termasuk asy-Syafi’iyyah dilaksanakan. Ni bukan nak pertikai, sekadar mendapatkan kepastian. Pihak kami yang jahil ini sentiasa mengharapkan tunjuk ajar daripada Mahkamah yang mulia.

Orang Alim

“Dulu waktu saya mengaji, setiap saya menanyakan suatu masalah kepada guru saya, jawabannya juga selalu: ‘cari di kitab ini, cari di kitab itu‘. Ketahuilah, wahai Novel, tidak disebut orang alim kalau setiap mendapat pertanyaan ia selalu menjawab: ‘menurut saya begini begini …‘, tetapi orang alim adalah orang yang mampu menjawab suatu permasalahan dengan menukil pendapat para ulama salaf lengkap dengan kitab rujukannya.” – [Pesanan almarhum Habib Anis bin 'Alwi bin 'Ali al-Habsyi kepada Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydrus].
Zaman ini
Mudah dan gampang sekali
Orang mengeluarkan pandangan dan pendapat sendiri
Berhubung hukum – hakam agama suci
Hafal satu dua ayat dan hadits Junjungan Nabi
Fatwa dikeluarkan tanpa mengerti
Usul dan kaedah fiqh yang dipegangi
Fatwa pandangan pendapat ulama sejati
Tidak dihirau tidak dipeduli
Bahkan tidak diketahui
Bila ditanyai awam Syafi’i
Dijawab dengan pandangan Hanbali
Lalu pening kepala si Syafi’i
Kerna jawaban dengan amalan sehari-hari tidak selari
Aqwal mu’tamad, dhoif dan qawi
Sudah tidak dibezakan lagi
Inilah akibat bila malas mengaji
Karya ulama yang habis umurnya menggali
Kitab suci dan hadits Junjungan Nabi
Setakat menghafal kitab suci
Belum jadi ulama berilmu tinggi
Juga bukan ukuran taqwa sejati
Lihat si Hajjaj anak Yusuf ats-Tsaqafi
Dada dipenuhi kandungan kitab suci
Sholat jemaah dia kepalai
Sayyidi Ibnu Umar di belakang mengikuti
Malang anak Yusuf ats-Tsaqafi
Bukan ketaqwaan bertakhta di hati
Tapi kezaliman yang meratai
Hauskan darah umat Junjungan Nabi
Kepada Allah kita pohoni
Agar diperolehi ketaqwaan sejati
Tunduk patuh mentaati
Titah perintah Ilahi Rabbi
Berpandukan ajaran Junjungan Nabi
Yang diterima daripada ulama sejati
Bukan sekadar baca terjemah tafsir sendiri
Yang ilmunya cetek sekali
Jika ditimbang tak sampai barang sekati
Atau hanya ikut suka hati
Nanti bila mati barulah sedarkan diri
Apalah gunanya lagi

***********************

Moga Allah sentiasa merahmati Habibna Anis al-Habsyi ….al-Fatihah.

Baca al-Quran di kubur

Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi adalah antara ulama kenamaan India keluaran Darul Ulum Deoband. Beliau, yang terkenal dengan gelaranHakimul Ummah dan Mujaddidul Millah, telah dilahirkan di Thana Bhawan, Muzaffarnagar, Uttar Pradesh pada 5 Rabi`ul Akhir 1280H (19 September 1863M). Antara guru-gurunya ialah Mawlana Haji Imdadullah Muhajir Makki, Syaikhul Hind Maulana Mahmud Hasan, Maulana Rasyid Ahmad Gangoh, Maulana Muhammad Qasim Nanotawi dan Maulana Muhammad Ya’qub Nanotawi. Beliau meninggalkan dunia yang fana ini pada 2 Rejab 1362H ( 4 Julai 1943) dan disemadikan di Thana Bhawan. Moga Allah merahmatinya dan menempatkannya di kalangan para sholihin…… al-Fatihah.
Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi dalam karyanya berjodol “Syauqu Wathan” menulis seperti berikut:-
Diriwayatkan oleh al-Khalaal dalam “al-Jami`” daripada asy-Sya’bi yang berkata: “Adalah orang-orang Anshar apabila mati seseorang daripada mereka, berulang-aliklah mereka ke kubur si mati tadi untuk membaca al-Quran baginya (yakni bagi si mati) – Syarhush Shudur. Maka komentarku (yakni komentar Maulana Asyraf):- Kalaulah tidak sampai (pahala bacaan al-Quran tersebut) dalam pandangan mereka, maka kenapakah mereka membacanya (yakni kaum Anshar membaca al-Quran bagi si mati di kuburnya kerana mereka percaya bahawa pahala bacaan tersebut boleh sampai dan bermanfaat kepada si mati, jika mereka tidak berpendapat sedemikian maka kenapakah mereka membacanya). Dan mereka tidak akan beri’tiqad sampainya pahala tersebut tanpa ada dalil, maka tsabitlah sampainya pahala bacaan kepada si mati. (Yakni perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur membuktikan wujudnya atau adanya dalil yang menyatakan sampainya pahala bacaan al-Quran kepada si mati).
Lihatlah wahai ikhwah yang budiman, bagaimana Maulana Asyraf menjadikan perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur sebagai dalil mengenai bermanfaatnya dan sampainya pahala bacaan tersebut kepada si mati. Inilah pandangan jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah, jikapun tidak dianggap sebagai ijma`. Seharusnya pandangan ini tidak dipinggirkan kerana inilah pandangan “mainstream” umat Islam tanpa mengira apa mazhab mereka. Perbuatan suka mengkritik pendapat yang telah menjadi amalan lumrah masyarakat dan termasuk perkara khilafiyyah yang dibenarkan syarak yang mulia, amatlah tidak wajar dan perbuatan sebegini boleh membinasakan ukhuwwah dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat. Sayogianya perbuatan tersebut dihentikan, biarlah masyarakat beramal dengan keyakinan mereka asalkan ianya tidak terkeluar dari syariat Islam sebagaimana dinyatakan oleh para ulamanya umat ini.

Fatwa Tahlil Ibnu Taimiyyah

Syaikh Ibnu Taimiyyah, ulama yang menjadi rujukan pertama dan utama geng-geng pengaku salafi yang hidup di zaman khalaf, sebenarnya tidaklah seekstrim puak-puak pelampau kat tempat kita dalam memerangi amalan bertahlil yang dilakukan oleh masyarakat kita. Aneh dan pelik, kerana dalam menentang amalan bertahlil atau itsal ats-tsawab, maka mereka akan mengutarakan qaul yang dinisbahkan kepada Imam asy-Syafi`i mengenainya. Malangnya mereka sendiri gagal memahami untuk kedudukan qawl tersebut dan maksud yang dikehendaki oleh Imam asy-Syafi`i. Maka mereka telah memahami qaul tersebut menurut tafsiran mereka sendiri yang bercanggah dengan pegangan para ulama yang menjadi pendokong mazhab yang agung tersebut. Perkara ini sama seperti kegagalan mereka untuk memahami kalimah “ma’tam” yang disebut oleh Imam asy-Syafi`i sehingga mereka menyamakan ma’tam dengan kenduri arwah. Allahu … Allah……..sungguh perbedaan antara ma’tam dengan kenduri arwah yang diamalkan umat Islam sekarang adalah umpama langit dengan bumi. Ma’tam itu tradisi kaum jahiliyyah, sedangkan kenduri arwah itu dipelopori oleh kaum yang mentauhidkan Allah, maka janganlah disamakan. Insya-Allah, nanti jika diizinkan Yang Maha Esa, kita boleh bicarakan mengenai kedudukan qawl yang dinisbahkan kepada Imam asy-Syafi`i tersebut dan perbicaraan ulama pendokong mazhab beliau mengenai kedudukan dan ihtimalat terhadap qawl tersebut.
Puak-puak anti-tahlil, walaupun terkenal taksub dan menjunjung tinggi Syaikh Ibnu Taimiyyah, tetapi dalam persoalan tahlil tidak menjadikan perkataannya sebagai panduan. Ini adalah kerana Ibnu Taimiyyah juga muridnya Ibnu Qayyim adalah termasuk ulama yang berfatwa bahawa pahala bacaan al-Quran, pahala amalan, pahala tahlil dapat dihadiahkan kepada arwah mereka-mereka yang telah meninggal dunia. Dalam himpunan fatwa yang dinisbahkan kepada Syaikh Ibnu Taimiyyah dinyatakan sebagai berikut:-
Dan ditanyai (Ibnu Taimiyyah) mengenai (hadits): “bertahlil 70,000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka”, adakah hadits tersebut shohih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
Maka dijawab (oleh Ibnu Taimiyyah):- Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70,000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan hadits tersebut tidaklah shohih dan tidak juga dhoif (yakni tidak tsabit kedudukan hadits tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allahlah yang Maha Mengetahui.
Allahu … Allah, lihat ya ikhwah, bagaimana Ibnu Taimiyyah memfatwakan tahlil buat orang mati akan bermanfaat baginya. Jadi kenapa orang yang mengaku Ibnu Taimiyyah sebagai ulama besar mereka, panutan mereka, menjadi umpama “lebih sudu dari kuah” sehingga tidak dapat bertasamuh dengan kelompok majoriti yang mengamalkan amalan “itsal ats-tsawab” dengan bertahlil dan sebagainya. Kalau kamu tak emboh nak bertahlil, itu hak kamu, tapi jangan pula nak menceroboh hak kami untuk bertahlil, sampai tak sampai itu urusan Allah, bukan urusan kita.
***********************************

Tahlil & Kenduri Arwah
Di antara tradisi umat Islam adalah membaca surat al-Fatihah dan menghadiahkan pahalanya untuk Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Para ulama mengatakan bahwa hukum perbuatan ini adalah boleh.
Ibnu ‘Aqil, salah seorang tokoh besar madzhab Hanbali mengatakan: “Disunnahkan menghadiahkan bacaan Al-Qur’an kepada Nabi SAW”.
Ibnu ‘Abidin berkata: “Ketika para ulama kita mengatakan boleh bagi seseorang untuk menghadiahkan pahala amalnya untuk orang lain, maka termasuk di dalamnya hadiah kepada Rasulullah SAW. Karena beliau lebih berhak mendapatkan dari pada yang lain. Beliaulah yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan. Berarti hadiah tersebut termasuk salah satu bentuk terima kasih kita kepadarlnya dan membalas budi baiknya.”
Bukankah seorang yang kamil (tinggi derajatnya) memungkinkan untuk bertambah ketinggian derajat dan kesempurnaannya. Dalil sebagian orang yang melarang bahwa perbuatan ini adalah tahshilul hashil (percuma) karena semua amal umatnya otomatis masuk dalam timbangan amal Rasulullah, jawabannya adalah bahwa ini bukanlah masalah. Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala memberitakan dalam Al-Qur’an bahwa Ia bershalawat terhadap Nabi SAW kemudian Allah memerintahkan kita untuk bershalawat kepada Nabi dengan mengatakan:
اَللّهُمَّ صَلِّي عَلَى مُحَمَّدٍ
Ya Allah berikanlah rahmat kemuliaan buat Muhammad.
Wallahu A’lam.” (lihat dalam Raddul Muhtar ‘Alad-Durral Mukhtar, jilid II, hlm. 244)
Ibnu Hajar al Haytami juga menuturkan kebolehan menghadiahkan bacaan Al-Qur’an untuk Nabi dalam Al-Fatawa al-Fiqhiyyah.
Al Muhaddits Syekh Abdullah al-Ghumari dalam kitabnya Ar-Raddul Muhkam al-Matin, hlm. 270, mengatakan: “Menurut saya boleh saja seseorang menghadiahkan bacaan Al-Qur`an atau yang lain kepada baginda Nabi SAW, meskipun beliau selalu mendapatkan pahala semua kebaikan yang dilakukan oleh umatnya, karena memang tidak ada yang melarang hal tersebut. Bahwa para sahabat tidak melakukannya, hal ini tidak menunjukkan bahwa itu dilarang.”
Jika hadiah bacaan Al-Qur’an termasuk al-Fatihah diperbolehkan untuk Nabi, apalagi untuk para wali dan orang-orang saleh karena mereka jelas membutuhkan tambahnya ketinggian derajat, kemuliaan dan kesempumaan dan tidak ada dalil yang melarang menghadiahkan bacaan Al-Qur’an untuk para wali dan orang­-orang shaleh tersebut.


*****************
Mari kita dengar doa wahbah atau orang kampung aku namakan doa tahlil atau doa arwah yang dibaca oleh Qari ternama Mesir almarhum Syaikh Abdul Basith Abdush Shomad rahimahUllah. Eh… rupa-rupanya bukan orang kampung aku saja yang baca doa arwah.

Fatwa Darul Ifta` Mishriyyah – Foto

***********************************
لا بأس بتداول الصور الفوتوغرافية أو تعليقها للإنسان والحيوان ، وليس فيها المضاهاة لخلق الله التي ورد فيها الوعيد للمصورين ، وذلك ما لم تكن الصور عارية أو تدعو للفتنة ؛ لأن المقصود بالتصوير المتوعد عليه في الحـديث هو صنع التماثيل الكاملة التي تتحقق فيها المضاهاة لخلق الله تعالى ، والتصوير الفوتوغرافي وإن سمي تصويرًا فإنه ليس حرامًا ؛ لعدم وجود هذه العلة فيه ، والحكم يدور مع علته وجودًا وعدمًا ، وهو في حقيقته حبس للظل ولا يسمى تصويرًا إلا مجازًا ، والعبرة في الأحكام بالمُسَمَّيَات لا بالأسماء

وبناءً على ذلك وفي واقعة السؤال : فإنه يجوز لك شرعًا تعليق صور أبيك وأمك لهذا الغرض النبيل ما دامت صورة أمك محتشمة ، ولا يضر في ذلك كون الصور كاملة أو غير كاملة ، وليس ذلك حرامًا كما أخبرك بعضهم
***************************************************************************
***********************************
There is nothing wrong in circulating and hanging photos of humans or animals since they are free of imitating Allah’s creation about which makers of ‘depictions’ were strongly warned. [Hanging pictures is permissible] provided the photos are free of nudity and do not incite lust. [This is because] the type of ‘imaging’ intended by the firm warning in the hadith is creating complete statues which imitate Allah’s creation. Though it is called ‘depiction’, photography1 is not unlawful since this apparent cause is absent – and rulings follow their apparent causes, whether present or absent. In truth, photography captures rays of light; it is called ‘depiction’ only in a metaphorical sense, and what matters in legal rulings is what is designated – not the designation itself.
Based on the above and in reference to the question, it is permissible to hang your parent’s photos for this noble purpose as long as your mother’s photo is decent. There is no harm whether it is a partial or complete picture. This is not prohibited – [contrary] to what some have told you.

Footnotes:
1. nb: In Arabic, the words for sculpting, depiction, and imaging share a common linguistic root.

Takbiran & Wiridan

Tulisan kali ini kan kubicarakan sekadarnya berhubung persoalan yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak, tapi biaq pilah, kalau remeh tak yah lah bace ye. Bagiku cukup sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. menjadi sandaran, di mana Junjungan Nabi s.a.w. bersabda kepada Sayyidina Abu Dzar r.a.:-
لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طليق
“Janganlah engkau meremehkan sesuatu makruf, walaupun kemakrufan tersebut sekadar engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang manis.”
Tambahan pula, apa yang aku nak tulis ini adalah berdasarkan kepada permintaan beberapa ikhwah yang sudah amat sering meminta penjelasan mengenainya. Persoalannya ialah bagaimanakah caranya kita hendak memulakan takbir hari raya kita, takbir dulu ke wirid dulu. Tapi di sesetengah tempat kat kampung aku, persoalan ni tak timbul, sebab deme lebih suka ikut cara malas, takbir je tak yah wirid-wirid, maka digantikanlah wiridan sholat itu dengan takbiran…. Allahu …. Allah, pahala dah berlonggok gamaknye.
Berbalik kepada persoalan tadi, maka untuk menjawabnya, biorle serah kepada ulama kita. Aku nukilkan di sini tulisan Tok Syaikh Daud al-Fathani dalam “Furuu’ul Masaa-il” jilid 1 halaman 137, di mana dinyatakan:-
“(Su-ila r.a.) Apakah kita dahulukan kemudian daripada sembahyang fardhunya atau sunnatnya, adzkar sembahyang atau takbir? (Maka dijawabnya) Dengan bahawasanya hendaklah didahulukan takbir itu daripada adzkar sholawat kerana bahawasanya ia tanda kenyataan waktu dan tiada berulang-ulang, maka adalah sungguhnya akan dia dengan mengerjakan sangat dituntut daripada adzkar sembahyang, ini nisbah takbir muqayyad. Adapun takbir mursal ditakhirkan dia daripada adzkar sembahyang.”
Dalam “Busyral Kariim” karya Syaikh Sa`iid bin Muhammad Baa ‘Asyin, jilid 2, halaman 20, dinyatakan sebagai berikut:-
” …. Dan inilah takbir mursal dan mutlak (yakni takbir yang bermula selepas terbenam matahari malam hari raya dan berkekalan sehingga salam sholat sunnat hari raya) yang tidak terikat dengan sembahyang atau selainnya. Dan SUNNAT ditakhirkannya (yakni ditakhirkan takbir mursal muthlaq ini) dari segala zikir sembahyang (yakni wiridan selesai sholat). Maka jika didahulukan takbir mursal mutlak ini dari zikir-zikir selepas sembahyang dengan niat (atau anggapan) bahawa ianya adalah muqayyad (yakni dianggapnya takbir mursal itu sebagai takbir muqayyad yang terikat dengan sembahyang) maka hukumnya adalah makruh, namun jika tidak ada niat (atau anggapan) tersebut maka perbuatannya mendahulukan takbir mursal daripada wiridan sholat hanya dinilai sebagai sesuatu yangmeluputkan yang afdhal (yakni yang afdhalnya ialah didahulukan wiridan dari takbir mursal) bukannya sesuatu yang makruh.”
Manakala dalam kitab “Bughyatul Mustarsyidiin” himpunan Mufti Sayyid ‘Abdur Rahman bin Muhammad Ba ‘Alawi pada halaman 89 dinyatakan:-
“(Faedah) Sunnat ditakhirkan takbir mutlak (mursal) dari zikir-zikir (selepas) sembahyang, berbeda dengan takbir muqayyad di mana ianya disunnatkan didahulukan dari zikir-zikir sembahyang…..”
Maka ikhwah yang budiman, begitulah menurut ulama kita Syafi`iyyah kedudukan takbiran dengan wiridan, iaitu takbir mursal sunnat dikemudiankan dari wiridan, manakala takbir muqayyad sunnat didahulukan dari wiridan. Jika didahulukan takbir mursal dengan niat sebagai muqayyad maka hukumnya adalah makruh, jika tiada niat tersebut, maka hanya khilaful awla sahaja.

Berzikir di kuburan

Antara kebiasaan masyarakat kita, selesai pengkebumian jenazah, maka diadakanlah bacaan talqin yang dihukumkan sunnat oleh ulama Syafi`iyyah. Biasanya talqin akan dilanjutkan dengan pembacaan doa tatsbitmemohon agar si mati ditetapkan imannya sewaktu menghadapi soal Munkar dan Nakir. Akhir sekali dibacakanlah tahlil yang kandungannya ialah bacaan ayat-ayat suci al-Quran, tasbih, takbir, tahlil, istighfar, sholawat dan disudahi dengan doa wahbah bagi si mati khususnya dan sekalian muslimin umumnya. Zaman berzaman, inilah amalan ulama dan awam masyarakat kita apabila mengkebumikan jenazah.
Namun kini, timbul golongan yang suka menang sendiri, yang tidak memahami dan menghormati perbezaan pendapat dalam perkara-perkara khilaf, maka mereka ini bersungguh-sungguh berjuang untuk menghapuskan amalan yang telah sekian lama diamalkan ini atas slogan membasmi bid`ah dan sebagainya. Maka ditohmahkanlah bahawa segala amalan yang telah menjadi tradisi masyarakat kita, yang dilaksanakan oleh segenap peringkat, ulama maupun awam, sebagai tidak punya asal dan sandaran pada syarak. Allahu … Allah, sedangkan jika diteliti, amalan-amalan tersebut punya sandaran dan asalnya pada syarak.
Imam Ahmad dalam musnadnya yang masyhur telah meriwayatkan satu hadits daripada Sayyidina Jaabir bin ‘Abdullah r.’anhuma bahawa ketika Sayyidina Sa`ad bin Mu`adz r.a. meninggal dunia, beliau dan Junjungan Nabi s.a.w. telah pergi menziarahinya. Ketika jenazah selesai disembahyangkan, dikubur dan diratakan kuburnya, Junjungan Nabi s.a.w. bertasbih dan diikuti oleh para sahabat baginda dalam masa yang agak lama, kemudian baginda bertakbir lalu para sahabat turut bertakbir. Setelah selesai daripada berzikir, Junjungan Nabi s.a.w. ditanyai oleh para sahabat: “Kenapa engkau bertasbih kemudian bertakbir?” Junjungan Nabi s.a.w. menjawabnya: “Telah menyempit atas hamba yang sholih ini akan kuburnya sehingga dilapangkan Allah baginya.”
Allahu … Allah, Junjungan Nabi s.a.w. berzikir kerana menyempitnya kubur tersebut sehinggalah dengan rahmat Allah kubur tersebut diluaskan bagi penghuninya. Hadits di atas juga turut dinukilkan oleh Imam al-Husain bin Mas`ud al-Baghawi dalam “Misykaatul Mashoobiih” dalam bab “ itsbaat ‘adzaab al-qabr “. Jadi sabitlah nas yang Junjungan Nabi s.a.w. dan para sahabat pernah berzikir di sisi kubur selesai pengkebumian. Jika pun hadits tersebut dihukumkan “dhaif”, maka di sisi mazhab jumhur ulama, hadits dhaif adalah hujjah dalam perkara-perkara fadhail. Dan tidaklah tertentu ucapan zikir tersebut dengan hanya tasbih dan takbir, kerana tidak warid ada tegahan untuk menambah zikir-zikir seumpama tahlil, sholawat dan sebagainya. Junjungan Nabi s.a.w. diberitakan dalam khabar yang shohih sebagai berwudhu` dengan satu cupak air dan mandi janabah dengan menggunakan kadar segantang ke 5 mud air, maka jika seseorang berwudhu atau mandi dengan menggunakan lebih dari kadar yang digunakan oleh Junjungan Nabi s.a.w., maka adakah itu satu kesalahan?? Siapa sekarang yang berwudhu dengan secupak dan mandi dengan segantang ?

Mazhab Saadah Ba ‘Alawi

Alhamdulillah, kini setiap tahun apabila menjelang 7 Dzul Qaedah, maka di sesetengah tempat dalam negara tercinta ini telah diadakan upacara memperingati haul Imam Quthubul Irsyad Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad r.a. Beliau adalah seorang ulama dan waliyUllah yang ulung, hanya orang-orang yang buta mati hati sahajalah yang akan menolak dan mempertikaikan keilmuan dan kewalian beliau …. Allahu … Allah …. moga mata hati mereka dicelikkan Allah, jika itu kehendakNya.
Sempena haul beliau, aku nukillah kalam beliau berhubung dengan kitab-kitab yang dianjurkan untuk dijadikan pegangan kita dalam ilmu agama dan penjelasan beliau mengenai mazhabnya para Saadah Bani ‘Alawi. Agar tidak kita termakan dakyah golongan yang cuba menyesatkan para saadah yang kita kasihi dari jalan para leluhur mereka yang mulia. Syaikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasaawi asy-Syajaar, murid Imam al-Haddad, dalam karangannya “Tatsbiitul Fuaad” juzuk ke-2, halaman 36, menukilkan kalamnya Imam al-Haddad seperti berikut:-
Telah berkata Imam al-Haddad r.a.: Dalam pandangan kami, (kitab – kitab yang menjadi) tiang atau fondasi bagi ilmu-ilmu agama serta segala kaedahnya ada 4. “Shahih al-Bukhari” dalam ilmu hadits; “Tafsir al-Baghawi” dalam ilmu tafsir; “al-Minhaj” (yakni “Minhajuth Tholibin” karya Imam an-Nawawi)” dalam ilmu fiqh (yakni fiqh Syafi`i); dan di antara kitab yang menghimpun berbagai ilmu agama adalah “Ihya` ‘Ulumiddin“. Inilah kaedah-kaedah untuk dijadikan landasan bagi memahami ilmu-ilmu agama. Kami telah mentelaah banyak kitab tetapi tidak kami lihat yang lebih himpunan ilmunya berbanding kitab “Ihya` ‘Ulumiddin”. Waktu sangat singkat dan segala kaedah yang disebutkan tadi itulah yang menjadi landasan bagi pengetahuan agama, itulah tiang-tiangnya pengetahuan agama. Dan tiadalah mazhab kami melainkan al-Quran dan as-Sunnah (yakni mazhab kita semuanya bersandarkan kepada nas-nas al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah ertinya Imam al-Haddad menolak mazhab walaupun beliau dikatakan telah mencapai kedudukan untuk berijtihad). Ketika kami menunaikan haji, sebahagian orang bertanyakan mengenai mazhab kami. Maka aku katakan kepada mereka: “(Kami bermazhab) Syafi`i”. Dan hadir dalam majlis itu seorang wali yang kasyaf dari kalangan ahlul khuthwah, dia berkata kepadaku: “Kenapa engkau mengatakan bahawa mazhabmu Syafi`i, sedangkan mazhabmu adalah al-hadits?” Maka aku menjawabnya: “Bagaimana tidak, bahawasanya para leluhur kami semuanya atas mazhab Imam asy-Syafi`i.
Bukanlah sesuatu yang pelik, jika ada ulama yang telah mencapai darjat ijtihad tetapi mereka tetap mengaku bermazhab dengan salah satu dari mazhab yang empat. Ini tidaklah bermakna mereka meninggalkan ijtihad, tapi hasil ijtihad mereka bersesuaian dengan pendapat mazhab-mazhab tersebut. Oleh itu, janganlah terburu-buru untuk menuduh para imam mazhab empat sebagai tidak berpandukan al-Quran dan al-hadits. Sesungguhnya hasil ijtihad mereka pasti disandari dengan dalil yang kuat di sisi mereka menurut ijtihad mereka berdasarkan kaedah-kaedah yang mereka pegangi. Adakah para Imam Mazahib akan berpegang dan beramal dengan hasil ijtihad mereka, jika dalam pendapat mereka dalil bagi perkara tersebut adalah lemah? Sesungguhnya bermazhab bukanlah ertinya kita taksub dengan mazhab tertentu, bahkan sekarang nampaknya golongan yang bebas mazhablah yang selalu taksub dengan pendapat mereka sehingga memaksa-maksa orang lain untuk menerima pendapat mereka tanpa mempedulikan bahawa ianya adalah perkara khilafiyyah. Moga Allah berikan taufiq dan hidayahnya kepada kita dan memberikan sebesar-besar ganjaran bagi para ulama kita. Mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada Imam al-Haddad dan sekalian ulama.

Jasy-ne Aamede Rasul

Umat Islam seluruh dunia menyambut Mawlidur Rasul, hanya golongan – golongan yang terpengaruh dengan geng-geng Badwi dari Nejd je (perhatian: Badwi di sini ni tak dak kena mengena ngan Pak Lah Badawi) yang tak suka tengok orang sambut, orang muliakan dan orang memperingati tarikh kelahiran Rahmat bagi seluruh alam ini. Kita gi Mesir, orang sambut mawlid, kita gi Afrika orang sambut mawlid, kita gi China, orang sambut mawlid, kita gi benua Indo-Pakistan, orang sambut mawlid …. Allahu Allah, ramainya orang buat beda`ah, ramailah yang masuk neraka nanti. Hanya yang tak sambut mawlid je yang akan masuk syurga …. akai ada ka. Kalau Bin Baz an-Najdi al-Wahhabi nak sesatkan orang sambut mawlid, biaq pi kat dia lah. Kita nak ikut buat apa, bukan dia sorang je ulama umat ini.
Kita ada pegangan kita sendiri, kalau deme berbangga dengan Bin Baz, kita ada Imam Abu Syamah, Imam as-Subki, Imam Ibnu Hajar al-’Asqalani, Imam as-Sayuthi, Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan ramai lagi ulama zaman berzaman dari berbagai bangsa dan keturunan. Jadi nak khuatir apa kalau Bin Baz dan ulama Saudi Najdi bid`ahkan amalan kita. Campak je fatwa-fatwa meke tu dalam sungai, menyemak je. Fatwa yang nak menyesatkan orang sahaja, fatwa yang buat orang berpecah belah. Fatwa tajdid kunun, tajdid mende, dah berzaman sejak deme dapat negeri sampai hari ni negeri deme duduk bawah naungan kuffar, jadi khadam pulak tu, ada ati nak ajar kita plak. Oiii tajdidlah negeri kome sendiri dulu sebelum nak masuk negeri kami. Ahhhhh …. kita tinggalkan saja fatwa-fatwa puak-puak tu yang saban tahun dipromosikan kepada para jemaah haji dengan pemberian buku-buku dan risalah-risalah dakyah mereka tu secara percuma.
Sekarang mari kita lihat fatwa Imam Abu Syaamah Abdur Rahman bin Ismail bin Ibrahim al-Maqdisi asy-Syafi`i al-Muqri` an-Nahwi yang wafat tahun 665H. Imam Abu Syaamah adalah Imam dalam pelbagai cabang ilmu Islam, sejak usianya di bawah 10 tahun beliau sudah pandai membaca al-Quran dalam 7 qiraat yang masyhur. Beliau adalah seorang faqih, muhaddits, muarrikh dan ahli lughah yang handal. Cukup bagi kemegahannya yang Imam an-Nawawi adalah termasuk muridnya. Antara karangan beliau ialah:-
  1. Mukhtashar Tarikh Dimasyq (20 jilid);
  2. Syarah bagi kitab hadits al-Muqtafa fi bahtsil Mushtofa;
  3. Dhiya-ul Qamar as-Sari ila Ma’rifatil Baari;
  4. Al-Ba`its ‘ala Inkaril Bida` wal Hawadits.
Dalam kitabnya “al-Baits ‘ala Inkaril Bida` wal Hawadits” beliau menuliskan fatwanya berhubung sambutan Mawlidur Rasul, dengan katanya:-
و من احسن ما ابتدع في زماننا ما يفعل كل عام في اليوم الموافق ليوم مولده صلى الله عليه و سلم من الصداقات و المعروف، و إظهار الزينة و السرور، فإن ذلك – مع ما فيه من الإحسان للفقراء- مشعر بمحبة النبي صلى الله عليه و سلم و تعظيمه في قلب فاعل ذلك و شكر الله تعالى على ما من به من إيجاد رسول الله صلى الله عليه و سلم الذي ارسله رحمة للعالمين
Dan di antara sebaik-baik perkara yang diadakan pada zaman kita adalah apa yang dilakukan pada setiap tahun, pada hari yang bersamaan dengan kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. dari segala pemberian sedekah, melakukan perbuatan-perbuatan kebajikan, menzahirkan segala perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya segala perbuatan yang sedemikian itu – selain berlaku ihsan terhadap para faqir miskin – ianya adalah satu syiar bagi menyatakan kasih sayang kepada Junjungan Nabi s.a.w. dan membesarkan baginda dalam hati si pelakunya serta pernyataan syukur kepada Allah ta`ala atas kurniaanNya yang telah mewujudkan Junjungan Nabi s.a.w. yang diutuskanNya sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Allahu … Allah, wahai ikhwah, Imam Abu Syaamah menyatakan bahawa menyambut dan memperingati hari kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. dengan melakukan berbagai amal kebajikan adalah termasuk dalam sebaik-baik bid`ah. Jadi sebagaimana yang aku kata tadi, campakkan sahaja fatwa-fatwa songsang ulama Wahhabi yang menyesatkan sambutan mawlid, kita pegang fatwa ulama kita terdahulu. Sebagai penutup posting ni, kita dengar dulu lagu Hindustan, tapi lagu Hindustan yang elok, iaitu satu na`at atau syair puji-pujian kepada Junjungan dalam Bahasa Urdu dengan subtitlenye lagi agar kita faham apa yang deme lantunkan buat memuji baginda s.a.w. Rasanya title na`at ini ialah “Jasyne Aamede Rasul“.
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Isal-e-tsawab adalah istilah yang digunakan oleh seorang sahabat dari benua Keling merujuk kepada majlis-majlis tahlil atau kenduri arwah. Kalimah tersebut membawa erti “menyampaikan pahala”, yakni upacara di mana kita mendoakan agar umpama pahala apa yang kita telah kerja atau baca disampaikan Allah kepada orang lain terutama sekali arwah yang telah kembali ke rahmatUllah. Inilah istilahnya yang masyhur digunakan oleh saudara-saudara kita dari kawasan sana. Jadi tidaklah amalan bertahlil dan menghadiahkan pahala kepada arwah yang telah pergi hanya diamalkan oleh orang kita sahaja. Mungkin rupa dan caranya berbeza tetapi prinsipnya serupa – menghadiahkan pahala amalan terutamanya kepada mereka-mereka yang telah kembali ke hadhrat Ilahi. Amalan ini sudah tentu mempunyai sandaran yang kuat di sisi para ulama kita, walau bagaimanapun ianya tidak terlepas dari berlakunya khilaf. Walau pun ada khilaf, kita nyatakan bahawa jumhur ulama menerimanya dan membolehkannya, jika segelintir yang “membid`ahsesatkan”nya maka biaq pi lah. Di sini aku tidak ingin membahaskan persoalan ini menurut mazhab-mazhab fiqh, tetapi hanya ingin menukilkan tulisan ulama hadits besar yang karangannya menjadi teks penting bagi satu jama`ah yang bertebaran atas muka bumi ini. Bukan apa, sebab aku lihat ada dari kalangan ahli-ahli jama`ah ini yang terpengaruh dengan dakyah golongan anti-tahlilan sehingga turut terlibat dalam usaha membid`ahsesatkan orang lain. Jika pun mereka tidak bersetuju dengan pihak yang melakukan tahlilan dan sebagainya, maka tiadalah hak bagi mereka untuk menghukum pihak yang melakukannya, kerana orang yang melakukan amalan tahlil atau isal-e-tsawab ini mempunyai sandaran mereka, kuat atau tidak sandaran tersebut maka itu persoalan ijtihadiyyah, cuma jika difikirkan dengan logika akal jika tidak kuat sandarannya maka tidaklah jumhur membolehkannya.
Syaikhul Hadits Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi rahmatUllah ‘alaih, seorang ulama Hanafi dan muhaddits besar yang diberi gelaran Ra-isul Muhadditsin (Ketua Muhaddits) menulis dalam karangannya (yang diterjemah lah, yang asli bahso Urdu, idak le aku faham) berjodol “Fadhilat Sedekah” jilid 1 halaman 188 – 190 menulis:-
Hadrat Ali ibnu Musa Haddad rahmatUllah ‘alaih berkata: “Aku telah mengambil bahagian dalam satu jenazah dengan Imam Ahmad ibnu Hanbal rahmatUllah ‘alaih, Muhammad ibnu Qudamah rahmatUllah ‘alaih pun turut serta. Selepas mayat dikebumikan salah seorang buta telah datang dekat kubur dan mulai membaca al-Quran. Hadrat Imam Ahmad ibnu Hanbal rahmatUllah ‘alaih telah berkata: “Bacaan al-Quran dekat kubur adalah bid`ah.” Apabila kami mula kembali dari tempat perkuburan tersebut, dalam perjalanan itu Muhammad ibnu Qudamah rahmatUllah ‘alaih telah bertanya kepada Imam Ahmad ibnu Hanbal rahmatUllah ‘alaih : “Apakah pendapat anda mengenai pribadi Mubasyer Ibnu Ismail Habali rahmatUllah ‘alaih ? Imam Ahmad Hanbal rahmatUllah ‘alaih menjawab: “Yang boleh dipercayai.” Ibnu Qudamah rahmatUllah ‘alaih pun telah bertanya: “Adakah anda juga mempelajari ilmu daripada beliau?” Imam menjawab: “Ya, saya telah belajar hadith daripada beliau.” Ibnu Qudamah rahmatUllah ‘alaih berkata: “Mubasyer ibnu Ismail Habali rahmatUllah ‘alaih telah menceritakan kepada saya bahawa Abdur Rahman ibnu ‘Ala ibnu Lajlaj rahmatUllah ‘alaih telah meriwayatkan daripada bapanya bahawa apabila beliau hampir meninggal dunia, beliau telah berwasiat agar di bahagian kepala kuburnya dibacakan ayat-ayat permulaan dan terakhir dari surah al-Baqarah dan beliau berkata juga bahawa beliau telah dengar Hadrat ‘Abdullah ibnu ‘Umar radiyaAllahu ‘anhuma berwasiat begitu.” Setelah mendengar peristiwa ini, Hadrat Imam Ahmad ibnu Hanbal rahmatUllah ‘alaih berkata kepada Muhammad ibnu Qudamah rahmatUllah ‘alaih : “Patah baliklah anda ke tanah perkuburan itu dan suruhlah si buta tadi agar dia membaca al-Quran dekat kubur.”
Hadrat Muhammad ibnu Ahmad Maruji (Mirwazi) rahmatUllah ‘alaihberkata: “Aku telah dengar Imam Ahmad ibnu Hanbal rahmatUllah ‘alaih menasihati kepada manusia: “Apabila kamu menziarahi kubur hendaklah kamu membaca surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Naas. Selepas itu sampaikan pahalanya kepada penghuni-penghuni kubur; pahalanya akan sampai kepada mereka.” [Ihya]
Mughni adalah sebuah kitab mengenai hukum fekah Mazhab Hanbali yang amat dipercayai. Pengarangnya telah menyalinkan peristiwa ini dan juga riwayat-riwayat mengenainya. Telah diriwayatkan di dalamBazlul Majhud serta sanad dari kitab Bahar bahawa selepas solat, puasa dan sedekah jikalau pahalanya disampaikan kepada sesiapa maka pahala itu akan sampai kepadanya baik dia masih hidup ataupun sudah mati.
Telah diriwayatkan di dalam kitab Abu Dawood daripada Hadrat Abu Hurairah radiyaAllahu ‘anhu: “Adakah sesiapa yang akan mengambil tanggungjawab untuk mengerjakan dua atau empat rakaat solat (yakni sholat nafil) di Masjid Asyar (dekat Basrah) lalu akan berkata: “Pahalanya ini adalah bagi Abu Hurairah (yakni dihadiahkan pahala solatnya tadi kepada Sayyidina Abu Hurairah.” [Abu Dawood]
Patutlah diambil perhatian mengenai penyampaian pahala kepada arwah kaum kerabat. Sebab, di samping hak-hak mereka, selepas mati kita akan berjumpa mereka. Betapa besarnya malu akan dirasai semasa itu, kiranya tidak memberi apa-apa kepada mereka walaupun telah diambil banyak faedah daripada mereka dengan keihsanan dan harta peninggalan mereka.
Lihat ikhwah bagaimana Maulana telah berpesan agar perhatian sewajarnya diberikan untuk amalan isal-e-tsawab (dalam tradisi kita disebut “amalan bertahlil @ kenduri arwah”). Oleh itu sekali lagi aku nyatakan bahawa amatlah menghairankan jika sesetengah ahli Jama`ah Tabligh ada yang menjadi penentang kepada amalan-amalan seperti ini kerana terikut-ikut fahaman ahli bid`ah-membid`ah yang anti tahlilan. Sedarlah wahai saudara Ahli Jama`ah Tabligh, Maulana Zakaria al-Kandahlawi yang kitab-kitab fadhailnya kamu baca sehari-hari tidak pernah membid`ahsesatkan amalan isal-e-tsawab, bahkan telah menyeru agar ianya diberi perhatian. Maka sama-samalah kita jaga amalan, warisan dan tradisi yang telah dipandang baik oleh orang-orang Islam. Janganlah diqiaskan atau disamakan amalan, warisan dan tradisi tersebut dengan amalan, warisan dan tradisi orang-orang kafir, kerana qias tersebut adalah qias baathil atau qias ma`al faariq kerana tidaklah agama Islam itu sama dengan agama kafir.

Fatwa Imsak Habib ‘Umar

Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin ‘Umar bin ‘Aydrus bin ‘Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin al-Husain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim adalah seorang ulama dan da`ie dari Kota Tarim, Hadhramaut. Beliau dilahirkan sebelum fajar hari Isnin, 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963M di Kota Tarim. Di kota yang berkat inilah beliau membesar dan menerima didikan agama serta menghafal kitab suci al-Quran dalam keluarga yang terkenal iman, ilmu dan akhlak yang luhur. Guru pertamanya sudah tentu ayahanda beliau iaitu Habib Muhammad bin Salim yang juga merupakan mufti Kota Tarim al-Ghanna itu. Selain ayahandanya, beliau juga menuntut ilmu dengan ramai ulama antaranya dengan al-Habib al-Munshib Ahmad bin ‘Ali bin asy-Syaikh Abu Bakar, al-Habib ‘Abdullah bin Syaikh al-’Aydrus, al-Muarrikh al-Bahhaatsah al-Habib ‘Abdullah bin Hasan BalFaqih, al-Muarrikh al-Lughawi al-Habib ‘Umar bin ‘Alwi al-Kaaf, asy-Syaikh al-Mufti Fadhal bin ‘Abdur Rahman BaFadhal, asy-Syaikh Tawfiq Aman dan kepada saudara kandungnya al-Habib ‘Ali al-Masyhur bin Muhammad bin Salim. Selain daripada para ulama Tarim, beliau juga menuntut ilmu dan ijazah daripada ramai lagi ulama di luar kota tersebut seperti di Kota Syihr, al-Baidha` dan juga al-Haramain. Antaranya beliau menuntut ilmu dan menerima ijazah daripada al-Habib Muhammad bin ‘Abdullah al-Hadhar, al-Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith, al-Habib al-Musnid Ibrahim bin ‘Umar bin ‘Aqil, al-Habib ‘Abdul Qadir bin as-Saqqaf, al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha al-Haddad, al-Habib Abu Bakar al-Aththas bin ‘Abdullah al-Habsyi dan asy-Syaikh al-Musnid Muhammad Isa al-Fadani. Sekembalinya ke Kota Tarim, beliau mengasaskanRubath Darul Musthofa pada tahun 1414H / 1994M dengan tiga matlamat: (1) mengajar ilmu agama secara bertalaqqi dan menerimanya daripada ahlinya yang bersanad; (2) mentazkiah diri dan memperbaikkan akhlak; dan (3) menyebarkan ilmu yang bermanfaat serta berdakwah menyeru kepada Allah s.w.t. Selain terkenal sebagai ulama dan da`ie, beliau juga merupakan seorang penyair yang mahir. Antara karangannya yang terkenal dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia ialah kitab mawlidnya “adh-Dhiya-ul-Lami’“. Posting aku bukanlah untuk memperkenalkan dengan panjang lebar berhubung beliau ini. Akan tetapi lebih kepada hanya untuk muqaddimah bagi nukilanku daripada fatwa beliau yang dimuatkan dalam laman webnya berhubung masalah imsak. Walaupun Ramadhan telah berlalu, aku postkan juga, agar di Ramadhan yang mendatang, tiada lagi suara-suara sumbang yang mempertikai atau membid`ah dholalahkan amalan yang telah sekian lama jadi amalan kita. Kalau kome nak baca, bacalah, kalau tak nak, skip sahajalah untuk tatapan Ramadhan tahun depan.

Nash Soal:
Ramai yang makan sehingga waktu azan, iaitu dia tidak berimsak kecuali tatkala mendengar azan atau hampir dengannya, adakah perkara sedemikian ini diperbolehkan atau dia wajib berimsak sebelumnya ?
Nash Jawab:
Tidak syak bahawa ihtiyath itu awla dan afdhal, dan selagimana dia belum zan terbitnya fajar harus baginya untuk makan apa yang dikehendakinya. Akan tetapi berhati-hati dengan imsak sebelum azan dengan (menjaga) satu jangkamasa adalah baik. Bahkan jika seseorang syak sama ada fajar telah terbit atau belum, lalu dia makan atau minum, kemudian ternyata perbuatannya itu (yakni makan/minumnya tadi) berlaku setelah terbit fajar, maka berdosalah dia dan wajib atasnya untuk berpuasa sehari sebagai ganti puasanya hari tersebut (yakni apabila nyata bahawa dia telah makan dan minum setelah fajar terbit, maka dia berdosa dan wajib qadha).
Oleh itu, maka ihtiyath adalah awla dan yang sedemikian itu telah diambil oleh para ulama daripada apa yang datang dalam hadits yang mulia: “Berapa masa antara sahur s.a.w. dan sholat ? Dijawabnya : Sekadar 50 ayat. 50 ayat dikadarkan dengan seperempat jam atau sepertiga, atas sekurang-kurangnya. Oleh itu, imsak sebelum fajar dengan seperempat jam atau sepertiga jam adalah awla dan ahwath (terlebih utama dan terlebih berhati-hati).
Atas apa jua keadaannya, bab ihtiyath itu luas dan dipersempitkanlah dia oleh seseorang itu atas dirinya menurut kehendaknya seperti dipuasakannya sehari yang sempurna itu dengan didatangkannya sebelum hari tersebut (yakni sebelum tiba fajar hari tersebut) dengan 10 minit atau 15 minit (sebagai ihtiyath bagi dirinya untuk mendapatkan kesempurnaan puasa satu hari tersebut). Kerana menjatuhkan dirinya dalam syak dan keraguan pada yang sedemikian adalah satu keburukan dalam muamalah dengan Allah al-Jabbar s.w.t. Bahkan sewajarnya dia berihtiyath sebelum fajar, maka berimsaklah dia sebelum fajar. Dan pada Maghrib, sedemikian juga dia berihtiyath untuk tidak berbuka sehingga diyakini terbenamnya matahari. Wa billahit tawfiq.
Allahu a’lam

Mazhab Para Habaib

Hari ke-3, pemergian Habib kami Anis bin ‘Alwi bin ‘Ali al-Habsyi. Biarlah hari ini aku hanya menukil untuk tatapan kalian, artikel yang dimuatkan dalam majalah “Cahaya Nabawiy”, Edisi 44 Th. IV Sya’ban -Ramadhan 1427H. Majalah ini merupakan terbitan Ma’had Sunniyah Salafiyah (lihatlah kalau di Jawa Timur, istilah Salafi dipakai merujuk kepada golongan bermazhab seperti kita atau istilahnya “kaum tua” dan bukannya golongan Salafi-Wahhabi-Kaum Muda). Ma’had ini diasuh Habib Taufiq bin Abdul Kadir as-Segaf, ulama muda dan daie yang tangguh asuhan para habaib sepuh seperti Habib Abdul Kadir bin Husein as-Segaf, Habib Ahmad bin Hadi al-Hamid dan Habib Umar bin Hasyim Ba`agil. Ma’had asuhannya kini telah mempunyai 30 cabang madrasah dan 13 pondok pesantren yang tersebar di Jawa, Bali dan Kalimantan. Beliau juga berdakwah melalui media massa dengan mengelolakan Stesyen Radio Suara Nabawiy untuk menyebarkan dakwah para salaf ke jangkauan yang lebih besar.
Artikel ini merupakan catatan perjalanan menelusuri aqidah dan mazhab para habaib di Hadhramaut. Para habaib yang ada di tanah air tercinta ini kenalah memahaminya sungguh-sungguh kerana aku dapati ada yang sudah cenderung kepada ajaran Syi`ah kerana termakan dengan dakyah yang kononnya Syi`ah adalah Mazhab Ahlul Bait atau pencinta Ahlul Bait. Ada juga yang sudah seperti lalang ditiup angin, tidak punya pegangan, kadang Sunni, kadang tasyaiyu’. Aku sedar bahawa angin-angin yang mempertikaikan kesunnian Imam Ahmad al-Muhajir juga bertiup ke tempat kita. Bagi aku apa pun kata mereka-mereka ini, dalil musyahadah yang dapat dilihat sehingga ke hari ini adalah para habaib yang menerima ilmu mereka turun – temurun sehingga kepada Imam al-Muhajir adalah Sunni Syafi`i. Jadi sesiapa yang menyatakan sebaliknya, maka mereka menafikan kebenaran dan realiti sebenar yang terzahir. Lihat para sesepuh habaib di Kota Tarim al-Ghanna, Seiwun, Huraidhah, Makkah, Madinah, Nusantara rumpun Melayu, semua mereka adalah Sunni Syafi`i. Lihat Habib Hasan Fad`ad, Imam Syafi`iyyah Masjidil Haram, jangan lupa para mufti Syafi`i Tanah Haram misalnya Habib Muhammad bin Husain al-Habsyi, yang merupakan moyang Habib Anis bin ‘Alwi bin Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi, dan apa kurangnya almarhum Habib Anis yang juga contoh ulama Habaib yang Sunni lagi Syafi`i, begitu pula dengan Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith yang terkenal faqih di Kota Madinah, sekadar untuk menyebut beberapa nama. Jadi kepada golongan yang mengaku keturunan Baitun Nubuwwah, habaib Bani AlawiBani Zahra` min ali ‘Ali, yang tidak mengikut jalan para leluhurnya, maka seruanku adalah untuk mereka kembali ke jalan para salaf mereka yang mulia. Apa pun marga kamu, baik al-Sagoff atau al-Attas atau Jamalullail, kembali kepada jalan leluhur kamu, jalan Salafi Sunni Syafi`i.
*******************************************************
Melacak Akar Madzhab Hadramaut
Suasana kota-kota di Hadramaut cukup menyenangkan, jalan-jalan yang ada bukan terbuat dari batu, namun rata-rata bersih karena angin sahara sering turut menyapu jalan-jalan kota itu. Jarang sekali ada kursi di rumah-rumah penghuni, yang ada ialah qatifah (permadani), tempat menampung dhuyuf (para tamu). Fungsi permadani memang di sini jadi serba-guna: untuk menerima tamu (istiqbaal), namun juga untuk tempat makan. Tak jarang tempat yang sama ini juga dibuat untuk aktivitas ibadah, seperti shalat, rouhah (pengajian) maupun dhikir. Bahkan jika ruang tak cukup untuk menerima tetamu yang tidur, qatifah jadi alternatif tempat tidur cadangan. Sisa-sisa tradisi ini masih ditemui keturunan Hadharim di Nusantara.
Di Hadramaut terdapat sekitar 365 Masjid Jami’, jumlah ini sama dengan jumlah hari dalam setahun. Rata-rata masjid yang ada sudah ma’mur (terpelihara dan banyak jama’ah) karena para pengurus ta’mir yang mengelola tak perlu susah “mengajak” orang untuk shalat dan beri’tikaf di dalam masjid, sebab kesadaran rohaniah warga Hadramaut terhadap ibadah mahdhah cukup tinggi, hingga membuat masjid jadi satu-satunya bangunan yang paling ramai dikunjungi warga sampai kini. Apalagi di bulan suci Ramadhan.
Hal lain yang menarik, dan sering menimbulkan tanda tanya, yaitu sejak adanya isu yang mengkaburkan sejarah: Apakah akidah dan madzhab warga Hadrmaut? Sengaja dibentuk opini yang meragukan itu, untuk menyusupkan pendapat mereka yang menyesatkan. Agaknya perlu ditegaskan kembali berdasarkan fakta-fakta baik telaah dokumen maupun realitas amaliyah anak turunannya sekarang. Bahwa tidak syak lagi, mayoritas Muslimin di Hadramaut adalah mutlak Sunni Syafi’i (Baca: Hadramaut dan Koloni Arab di Nusantara, INIS, 1989). Kawasan ini seperti Makkah dan Madinah, tidak ada orang non Muslim. Jika tidak darurat betul, orang kafir (Kristen, Yahudi dan Majusi) tidak dibenarkan masuk kota-kota ini. Sisa-sisa sekte sempalan memang masih ada namun berada di “pinggiran” dan bisa dihitung jemari sebelah tangan, misalnya sekte-sekte sisa itu adalah bisa disebut di sini: Abadhi, Syi’i dan Zaydi.
Menurut Al-`Allamah Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Umar Asy-Syatiri, akidah dan madzhab Ahmad bin `Isa Al-Muhajir adalah jelas sekali sebagai Sunni Syafi’i. Dijelaskan, bagaimana tidak Sunni Syafi’i, padahal beliau itu yang membawa akidah dan madzhab ini ke Hadramaut. Berdasarkan penelitian beliau, asas akidah ini tidak bertentangan dengan madzhab kakek-kakeknya yang bersanad sampai ke Rasulillah secara mutawatir [berkesinambungan].(Baca: Asy-Syatiri dalam Adwaar At-Tarikh al-Hadhrami, [Jilid I], Jeddah: `Alam al-Ma`rifah, 1303 H/1983, h. 160-161). Oleh karena itu klaim yang mengatakan, bahwa Madzhab `Alawiyyin adalah Shi`ah Ithna `Ashariyah adalah semata sebagai ilusi dan bertentangan dengan sejarah dan kenyataan sosial. Jangankan Shi’ah Ithna `Asyariyah, Syi’ah Zaydiyah yang pernah bercokol lama di Yaman saja, tak mampu mempengaruhi teologi habaib di sana. Adapun kesamaan menyangkut mahabbah Ahl al-Bayt itu adalah doktrin Sunni pula, yang tak bisa dikatakan sebagai ada pengaruh Shi`ah karena sumber pengambilan (mahabbah) itu sendiri berbeda.
Sejak masa Habib `Abdullah Al-Haddad (Sahib ar-Ratib) sampai sekarang, para ulama bangga dengan akidah dan madzhabnya yang Sunni dan Syafi’i. Misalnya dalam kitab-kitab yang dikarangnya selalu mengabadikan dan menggunakan nama lengkap dengan sebutan madzhab sekaligus: dalam kitab (Terbitan Kairo, 1978 yang diberi catatan kaki oleh Mufti Mesir, Hasanayn Muhammad Makhluf yang terkenal itu), dan kitab-kitab lain karangannya tak lupa memberi akhiran kata dengan al-Hadhrami al-Syafi’i atau Sunni Syafi’i di belakang nama mereka masing-masing. Dan juga Ratib Al-Bar yang menyebutkan di akhir doa agar diwafatkan “dalam Sunnah wal jama’ah” (h. 320) dan doa-doa tawassul Habib Ahmad bin Muhammad Al-Muhdar kepada keluarga, sahabat, Fatimah Az-Zahra r.a.dan Ummuhaat al-Mukminin (dengan disebut nama-nama Khadijah dan `Aisyah r.a. (h. 189) semua ini ada dalam kitab “Sabil al-Muhtadin: fi Dzikri Ad’iyah Ashab al-Yamin” oleh Habib Abdullah bin Alwi bin Hasan Al-Attas) dan doa-doa lain dari tokoh wali/ulama masa lalu, sampai sekarang tak pernah berubah. Doa – doa dan munajat itu senantiasa dibaca anak keturunan mereka. Bahkan secara kontinyu, dan terus-menerus nama-nama para pemuka sahabat diberikan kepada generasi ke generasi berikutnya seperti nama-nama Abu Bakar, `Umar, Uthman dan tentu saja `Ali (Empat Khalifah).
Bahkan tokoh besar yang berpengaruh di Hadramaut sampai sekarang berasal dari nama-nama pemuka sahabat Rasulullah, sebut saja misalnya Syaikh Abubakar bin Salim, melahirkan klan-klan seperti Al-Haddar, Al-Muhdar, Al-Hamid, Al-Bahar Bin Idrus dan sebagainya. Juga banyak ditemukan nama-nama Umar, seperti pendiri masjid tua bernama Masjid “Umar Al-Muhdar” di Tarim (ini cikal-bakal Al-Muhdar), juga nama Uthman sampai kemudian menjadi mufti besar nusantara (berasal dari Hadramaut). Belum lagi nama-nama sahabat lain, yang sengaja dengan bangga mereka abadikan, menunjukkan bukti-bukti kongkret mereka sama sekali tidak terpengaruh Syi’ah meskipun Zaydiyah (yang cuma sekadar sebagai Syi’ah Tafdhil/Syi’ah Pengutamaan Ali di antara sahabat yang lain namun akidahnya sama dengan Sunni). Karena mereka yakin atas kesinambungan sanad aqidah dan madzhab yang dianutnya.
Inilah bukti yang kemudian melanggengkan Thariqah `Alawiyah mereka, bahkan jangan lupa anak cucu, para pemuka ulama tersebut adalah pelopor dakwah Islam ke “ufuk timur”, seperti di anak benua India, Kepulauan Melayu dan Nusantara. Juga ada yang ke daerah Afrika seperti Etiopia sampai Madagaskar. Toh manhaj mereka tak pernah bergeser dari asas keyakinan yang berdasarkan Al-Qur`an, As-Sunnah, Ijma dan Qiyas. Karena itu lalu “warna” keagamaan antara Hadramaut dan Nusantara serta kawasan “koloni dakwah sejuk” mereka sama, yaitu Sunni dengan Thariqah `Alawiyyah-nya.
Selain daripada itu, ke Indonesia mereka tak membawa para isteri ketika berdakwah, namun sambil berdagang mengajar agama kepada penduduk pribumi dengan dasar ikhlas dalam kadar yanag tinggi. Bahkan banyak kemudian yang kawin dengan wanita penduduk pribumi, makanya pribumi disebut ahwaal (saudara-saudara ibu) sampai sekarang. Ini menunjukkan bahwa dakwah rintisan mereka secara kultural itu berhasil dengan baik di sini, dan jika kita melihat sekarang Indonesia jadi mayoritas Muslim, hal ini adalah niscaya merupakan berkat dakwah ikhlas beliau-beliau para habaib tersebut.
Di Hadramaut sendiri aqidah dan madzhab Al-Muhajir alias Sunni Syafi’i ini terus berkembang sampai sekarang tanpa sedikit berkurang. Hadramaut kini jadi model Sunni yang “ideal” karena kemutawatiran sanad tadi itu. Bisa dilihat bagaimana amalan mereka: Pertama, dalam bidang ibadah mahdhah tetap berpegang pada Syafi’i seperti pengaruh yang pernah ditinggalkan di Nusantara (Indonesia). Kedua, dalam bidang tasawwuf; meskipun ada nuansa Ghazali, namun di Hadramaut menemukan bentuknya yang khas, yakni tasawwuf Sunni Aslaf `Alawiyyin Shalihin yang sejati.
Sebab itu, misalnya kita saksikan tetap shalawatnya dengan “alihi wa shahbihi” di mana-mana. Shalat lima waktu bukan 3 waktu seperti tuduhan Syi’ah di sini. Dari syahadat sampai azan, juga Jum’at dan shalat tarawih dilaksanakan sesuai doktrin Sunni. Ini menunjukkan para ulama, sejak dulu sampai sekarang tetap konsisten dan konsekwen dengan manhaj Ahl Sunnah wal Jama’ah.
Yang beda mungkin dengan di sini (Indonesia), di Hadramaut tidak banyak diadakan haul. Seakan haul ini “disatukan”, yakni ketika menyelenggarakan haul Nabi Allah Hud a.s. di setiap akhir bulan Sya’ban Saat inilah berkumpul ratusan ulama Sunni Syafi’i Alawi dari berbagai negeri.
Makam kuno Nabi Hud a.s. berada di bukit yang agak terjal, sedangkan di bawah ada haudz (telaga) — yang aneh sekali — sepanjang tahun airnya tak pernah kering meski panas mentari membakar terus. Dalam cerita, Nabi Hud a.s. ini adalah manusia pertama yang berbicara dalam Bahasa Arab (Lihat: Qishash al-Anbiya. Dar al-Fikr, Beirut). Ada makam Nabi Saleh a.s., dan juga petilasan eks kerjaan indah Ratu Balqis (Bilqis), di Ma’rib yang dilukiskan sejarah adalah seorang Ratu yang cantik dan mempesona namun ia menyembah selain Allah, membuat Sulaiman marah, dan dengan bantuan “anak buah”, Sulaiman mengangkat singgasana Balqis di depan tahtanya. Akhirnya Ratu menyerah dan mengabdi kepada Allah, sekaligus jadi permaisuri Sulaiman yang kaya.
Dari momen haul Nabi Hud tadi lalu para peziarah melanjutkan wisata rohaniah mereka ke lain-lain seperti ziarah ke Zambal, Masjid Habib Abdullah Al-Haddad di Hawi dan tak lupa ke rumah munshib, Habib Umar bin Hafidz. Juga mampir ke Ponpes (Pondok Pesantren) Dar al-Mustafa dan Ribat Tarim (Ponpes tertua). Ada juga yang kemudian melanjutkan perjalanan ke Mukalla (kota kecil dekat laut), di sini ada Universitas Al-Ahqaf yang dipimpin oleh Dr Abdullah Baharun, juga ada asy-Syihr, kota tempat para wali dan ulama juga. Bahkan ada yang mampir ke Sana’a dan Aden untuk sekedar menikmati pemandangan dengan nuansa sahara.Tim CN/mb/ft. Ist.

Indiraj Niat Puasa

Ikhwah, yang dimaksudkan dengan indiraj niat puasa ini ialah seseorang berpuasa bermasukan niat sama ada niat puasa wajib seperti qadha Ramadhan dengan puasa sunnat atau satu puasa sunnat dengan puasa sunnat yang lain seperti puasa hari ‘Arafah yang kebetulan jatuh pada hari Khamis atau Isnin. Untuk memudahkan, aku beri misal seseorang berpuasa dalam bulan Syawwal dengan niat qadha Ramadhan dan sunnat Syawwal atau seseorang yang berpuasa pada hari ‘Arafah dengan niat puasa nadzar dan puasa sunnat ‘Arafah. Contohnya lagi ialah seperti yang ditunjukkan dengan lafaz niat sebagaimana ditulis ulama kita antaranya dalam kitab “Kifaayatul Mubtadi” susunan Haji Ismail bin almarhum Mahmud pada halaman 77:
Ini lafaz niat puasa qadha daripada bulan Ramadhan serta sunnat Syawwal
نويت صوم غد عن قضاء رمضان مع ستة شوال
(Nawaitu shawma ghodin ‘an qadho-i Ramadhana ma`a sittati Syawwal)

Sahaja aku puasa esok hari daripada qadha Ramadhan serta 6 Syawwal
Maka bagaimana kedudukan hukumnya pada pandangan ulama mazhab kita yang mulia. Untuk jawapan ringkasnya, sebelum membahaskan pandangan mereka lebih dalam lagi, sudah tentu ada ulama yang membolehkannya terutama sekali kebanyakan ulama mutakhir mazhab, dengan nota bahawa masalah atau perkara ini tidaklah terlepas dari berlaku khilaf antara ulama. Untuk muqaddimahnya, aku nyatakan bahawa bermasukan niat atau istilah yang biasa dipakai dalam kitab-kitab fiqh ialah “indiraj” pada niat sesuatu amalan, bukanlah suatu perkara yang asing atau pelik, kerana memang ada amalan-amalan yang boleh dilakukan sekali arung dengan bermasukan niat, antara yang lazim diketahui ialah dalam perlaksanaan amalan haji di mana terdapatnya perlaksanaan haji secara qiran dengan diniatkan menunaikan umrah dan haji bersekali. Begitu juga dengan urusan sembahyang sunnat dan puasa, maka ada antaranya yang boleh bermasukan niat dan ada pula yang tidak dibenarkan. Posting kali ini, aku hanya akan menyentuh indiraj yang berlaku dalam masalah puasa. Tentang sembahyang sunnat, maka insya-Allah, pada kesempatan lain akan aku usahakan.
Pertamanya biar aku nukil pendapat Imam Syamsuddin ar-Ramli, ulama besar yang menjadi salah satu rujukan dan sandaran kita dalam fiqh mazhab Syafi`i. Imam yang diberi penghormatan dengan digelar sebagai Imam Syafi`i ash-Shoghir. Sungguh kitabnya “Nihayatul Muhtaj” bergandingan dengan “Tohfatul Muhtaj” sentiasa ditelaah dan dijadikan rujukan oleh para ulama kita untuk mengetahui akan aqwal yang dipakai dalam mazhab Syafi`i. Diceritakan bahawa setelah selesai dikarang akan kitab “Nihayah” ini, ianya dibaca di hadapan 400 orang ulama kenamaan Mesir dan mereka membahaskannya dan menyetujuinya. Inilah menyebabkan majoriti ulama Syafi`iyyah di Mesir berpendapat bahawa pendapat yang dipandang mu’tamad apabila berlaku khilaf antara Imam Ibnu Hajar dengan Imam ar-Ramli adalah pendapat Imam ar-Ramli terutama sekali yang terkandung dalam “Nihayatul Muhtaj“. Bagi kebanyakan ulama Hejaz dan Yaman serta juga Nusantara, maka mereka lebih mengutamakan pendapat Imam Ibnu Hajar atas sebab-sebab yang tertentu. Aku nak nukilkan perkataan Imamuna Syamsuddin ar-Ramli dalam “Nihayatul Muhtaj” juzuk 3 halaman 208 – 209 di mana dinyatakan:-
ولو صام في شوال قضاء او نذرا او غيرهما او في نحو يوم عاشوراء حصل له ثواب تطوعها كما افتى به الوالد رحمه الله تعالى تبعا للبارزي و الأصفوني و الناشري و الفقيه علي بن صالح الحضرامي و غيرهم، و لكن لا يحصل له الثواب الكامل
Dan kalau seseorang berpuasa qadha atau nadzar atau selain keduanya pada bulan Syawwal atau pada hari seumpama hari ‘Asyura`, hasil baginya pahala puasa sunnat hari tersebut sebagaimana difatwakan dia oleh al-Waalid rhm. (yakni ayahanda Imam ar-Ramli iaitu Imam Syihabuddin ar-Ramli rhm.) mengikut akan fatwa bagi Imam al-Baarazi, al-Ashfuuni, an-Naasyiri, al-Faqih ‘Ali bin Sholeh al-Hadhrami dan selain mereka, akan tetapi tidaklah hasil baginya pahala (puasa sunnat) yang sempurna.
Apa yang dinyatakan oleh Imam kita Syamsuddin ar-Ramli itu telah dinukilkan oleh para ulama Jawi terdahulu. Antaranya dalam kitab fiqh yang aku rasa paling masyhur kat tempat aku, biasanya dikaji dan ditelaah oleh mereka-mereka yang agak tinggi pengajian dalam bidang fiqh rubu’ ibadah. Bahkan ianya teks fiqh Allahyarham Mufti Datuk Abdul Kadir Hasan yang diwiridkannya untuk mengajar. Malangnya kini, amat jarang aku jumpa ustaz-ustaz kat tempat aku yang mengajarnya, mungkin ianya agak tebal dan lambat nak ditamatkan, belajar dan mengajar itu perlu kesungguhan, ketabahan dan istiqamah. Kalau yang mengajar tak sungguh-sungguh, maka himmah pelajarnya yang hendak belajar berkurangan; dan jika pelajar tidak bersungguh-sungguh, maka himmah pengajarnya pula yang akan menurun. Berbalik kepada kitab tersebut yang jodolnya “Sabilal Muhtadin” (aku sebut dengan sebutan yang biasa digunakan, jangan plak kome rasa janggal yang ianya dibaca dengan baris fathah, nak tahu pi tanya dengan ahli nahu). Pada halaman 160 – 161, al-’Alim al-’Allaamah Mawlana Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari rhm. menyatakan:-
(Soal) Jika seorang puasa qadha atau nazar atau lainnya di dalam bulan Syawwal, adakah hasil baginya puasa sunnat Syawwal atau tiada ? (Jawab) Kata Syaikh Ramli di dalam Nihayah, hasil baginya pahala sunnat Syawwal jika tiada diqasadnya mengerjakan puasa sunnat Syawwal itu kemudiannya. Dan jika diqasadnya mengerjakan dia kemudian daripada umpama qadha itu, maka tiadalah hasil baginya pahala sunnat Syawwal kerana diqasadnya akan yang demikian itu jadi shoorif (pemalingan) daripada menghasilkan dia daripada puasa Syawwal, maka pada ketika itu hendaklah dikerjakannya puasa Syawwal itu kemudian daripada qadha umpamanya, jika ada lagi tinggal bulan Syawwal dan jika tiada maka sunnat mengqadha dia pada bulan Dzil Qa`edah.
Syaikh Nik Mat ash-Shoghir, Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni dalam “al-Bahrul Wafi wan Nahrush Shofi” halaman 376 juga menukilkan seperti berikut:-
(Tanbih) Jika puasa ia di dalam bulan Syawwal itu akan puasa qadha` atau puasa nadzar atau lainnya, nescaya hasil baginya pahala sunnatnya atau puasa ia di dalam umpama hari ‘Asyura` akan puasa qadha atau puasa nadzar atau lainnya nescaya hasil baginya pahala sunnatnya, seperti yang difatwa oleh Syaikh Ramli Kabir (yakni ayahanda Imam ar-Ramli) mengikut ia akan Syaikh Baarazi dan Syaikh Ashfuuni dan Syaikh Naasyiri dan al-Faqih ‘Ali bin Sholih al-Hadhrami dan lainnya. Tetapi tidak hasil baginya pahala yang sempurna yang diperaturkan atas yang mathlub (yang dituntut dalam hadits Junjungan s.a.w.)…..
Penjelasan seterusnya aku ambil dari kitab “Fathul Mu`in” karangan al-’Alim al-’Allaamah Syaikh Zainuddin bin ‘Abdul ‘Aziz al-Malibari, yang merupakan anak murid Imam Ibnu Hajar al-Haitami r.a. yang menyatakan:-
(Furu`) Berfatwa sekumpulan ulama mutakhir dengan hasilnya pahala (puasa) hari ‘Arafah dan hari-hari berikutnya (yakni hari-hari lain yang disunnatkan berpuasa seperti hari ‘Asyura`, hari Taasuu`aa`, puasa 6 hari bulan Syawwal dan sebagainya) dengan melaksanakan puasa fardhu (yakni puasa wajib seperti qadha Ramadhan, puasa nadzar atau puasa kaffarah) pada hari tersebut (yakni hari ‘Arafah dan lain-lain hari yang disunnatkan berpuasa seperti di atas). Fatwa ini bersalahan dengan apa yang di dalam kitab “Majmu`” (yakni pendapat ini tidak sejalan dengan pandangan Imam an-Nawawi dalam kitabnya itu), yang diikuti oleh Imam al-Asnawi. Di mana Imam an-Nawawi menyatakan: “Jika diniatkan akan kedua-duanya (yakni niat puasa qadha dan puasa sunnat), tidaklah terhasil baginya sesuatu apa pun daripada keduanya (yakni kedua-dua puasa yang diniatkannya itu tidak sah dan tidak memperolehi ganjaran). Guru kami (yakni Imam Ibnu Hajar) – seperti juga gurunya – menyatakan bahawa pendapat yang terpandang di sisinya (yakni yang zahir baginya) bahawa yang dimaksudkan ialah berlakunya puasa pada hari tersebut, maka ianya seperti sembahyang tahiyyatul masjid (di mana terhasil tahiyyatul masjid dengan melakukan apa jua sholat). Maka jika diniatkan dengan niat puasa sunnat, terhasilnya kedua-duanya (yakni kedua-dua yang diniatkan itu), jika tidak ( yakni tidak diniatkan puasa sunnat tersebut) maka tidaklah terhasil pahala puasa sunnat itu hanya gugur tuntutan puasa sunnat tersebut daripada dirinya.
Nukilan seterusnya dari kitab “I`anathuth Tholibin” hasyiah bagi “Fathul Mu`in“. Kitab ini adalah kitab fiqh kegemaranku karangan panutanku yang mulia Sidi Abu Bakar Syatha al-Bakri ad-Dimyathi, murid Syaikhul Islam, Mufti Baladil Haram, Sidi Ahmad Zaini Dahlan. Sidi Syatha ad-Dimyathi ulama terbilang kelahiran baitun nubuwwah. Teringat aku cerita guruku, bahawa pernah Sidi Syatha meragui keabsahan silsilah dirinya yang bersambung kepada Junjungan Nabi s.a.w. sehinggalah beliau bermimpi berjumpa dengan nendanya Junjungan Nabi s.a.w. dan Junjungan s.a.w. memanggilnya ” Wahai anakku” (kalimah yang digunakan aku terlupa sama ada “Ya Bunayya” atau “Ya Waladiy” atau “Ya-bni“, tapi semuanya membawa erti “Wahai anakku”- maaflah atas kealpaan aku ni, maklumlah Melayu Mudah Lupa (terima kasih Dr.M, kan sekarang dia sendiri sudah lupa yang Pak Lah Badawi dia yang lantik jadi Pak Mertua …. oppss silap Perdana Menteri, yang lantik Pak Lah jadi pak mertua tu Khairy). Aduh, alangkah indahnya kalau sahaja Junjungan mahu mengaku aku umatnya (اللهم اجعلنا من امة سيد المرسلين). Siapa yang nak percaya cerita ni, bisa sahaja, sesiapa yang rasa tak nak percaya, itu hak kome. Aku tak pernah memaksa kome untuk mempercayainya atau menolaknya. Oleh itu, tok sahlah nak cari geruh ngan aku especially bagi orang yang mengaku dirinya sufi (sufi cyber kot….hehehe…jangan marah noooo). Baiklah tanpa banyak songel lagi aku nukilkan perkataan Sidi Syatha pada jilid 2 halaman 306 kitab tersebut:
(Furu`) iaitu pada menerangkan bahawasanya puasa pada hari-hari tertentu tersebut (yakni hari-hari yang dimuakkadkan berpuasa padanya seperti hari ‘Arafah dan sebagainya) boleh dimasukkan (yakni diikutsertakan niatnya) pada puasa selainnya (yakni puasa ‘Arafah dan puasa sunnat lain yang tertentu harinya itu boleh diikutserta niatnya dalam puasa wajib seperti qadha Ramadhan atau nadzar dan sebagainya)…… Keputusan fatwa yang tersebut (yakni fatwa sekumpulan ulama mutakhir itu) menyatakan bahawasanyaapabila ada atas seseorang puasa qadha yang fardhu atau puasa nadzar yang dilakukannya( yakni dipuasakannya ) pada hari-hari tertentu tersebut itu(yakni hari yang dituntut berpuasa padanya), hasillah baginya puasa fardhu yang menjadi tanggungannya itu dan terhasil juga baginya pahala puasa hari-hari yang disunnatkan berpuasa itu. Dan zahir fatwa tersebut secara mutlak tidak membezakan bahawa untuk terhasilnya pahala itu dengan sama ada diniatkan puasa sunnat itu beserta dengan puasa fardhu (yakni diikutsertakan niat puasa sunnat kepada puasa fardhu) atau tidak (yakni hanya diniatkan puasa fardhu sahaja tanpa meniatkan puasa sunnat). Dan (makna zahir ini) bersalahan dengan qawl Imam Ibnu Hajar yang menyatakan bahawasanya tidak terhasil baginya sesuatu pahala melainkan jika diniatkannya, dan jika tidak diniatkan puasa sunnat tersebut, maka tidaklah terhasil baginya pahala sunnat itu hanya gugurlah tuntutan melakukan puasa sunnat itu sahaja (yakni tidaklah dihukumkan makruh jika dia tidak melakukan puasa sunnat yang dipandang muakkad jika pada harinya itu dia berpuasa fardhu seperti qadha atau nazar atau sebagainya)………(Maka berkata) iaitu Imam an-Nawawi dalam kitab “Majmu’“….(sekiranya diniatkan keduanya) iaitu puasa sunnat dan puasa fardhu ……(tidaklah terhasil baginya sesuatu apa pun daripada keduanya)……………… Dan berkata Imam al-Asnawi: Qiyasnya ialah bahawasanya jika dia tidak berniat untuk melakukan puasa sunnat tadi terhasillah baginya puasa fardhunya, dan jika sekiranya diniatkan kedua-duanya (yakni fadhu dan sunnat) tidaklah terhasil baginya sesuatu daripada keduanya…..
Seterusnya juga satu lagi hasyiah bagi “Fathul Mu`in” yang berjodol “Tarsyihul Mustafidin” karangan al-’Allaamah al-Faadhil al-Ustaadz al-Kaamil asy-Sayyid ‘Alawi bin asy-Sayyid Ahmad as-Saqqaf yang menyatakan pada halaman 171 seperti berikut:-
Pendapat sekumpulan ulama mutakhir ini adalah dianggap sebagai mu’tamad oleh Imam al-Khathib asy-Syarbini, Imam Muhammad ar-Ramli dan ayahandanya. Maka puasa sunnat itu seperti sembahyang tahiyyatul masjid (yakni terhasil pahala tahiyyatul masjid (penghormatan kepada masjid) dengan apa jua jenis sembahyang), di sini berlaku khilaf antara mereka dengan Imam Ibnu Hajar di mana di sisi mereka terhasil pahala secara mutlak (yakni sama ada diniat atau tidak akan terhasil pahalanya) sedangkan di sisi Imam Ibnu Hajar tidak terhasil pahalanya jika tidak diniatkan.
Dalam “Bughyatul Mustarsyidin” karangan Mufti Hadhramaut, Sayyid ‘Abdur Rahman Ba ‘Alawi pada halaman 113 dinyatakan:-
Zahir hadits “dan diikut akan dia dengan 6 hari daripada Syawwal” dan hadits-hadits selainnya, tidak terhasil pahala puasa 6 tersebut jika diniatkan bersama puasa qadha Ramadhan, akan tetapi Imam Ibnu Hajar menerangkan dengan terhasilnya asal pahala puasa tersebut tetapi tidaklah kesempurnaannya (yakni pokok pahalanya terhasil tetapi pahalanya tidaklah sempurna) jika diniatkannya (yakni diniatkan bersama dengan puasa qadha itu akan niat puasa 6 tersebut), begitulah juga hukumnya dengan puasa-puasa lain seperti puasa hari ‘Arafah dan ‘Asyura`. Bahkan yang dirajihkan oleh Imam ar-Ramli, terhasil asal pahala sekalian puasa sunnat tersebut beserta dengan puasa fardhu, walaupun tidak diniatkan, selagi dia tidak memalingkan niatnya dengan satu pemalingan seperti diniatkannya qadha puasa Ramadhan dalam bulan Syawwal dan ada qashadnya untuk melakukan qadha puasa 6 tersebut dalam bulan Dzul Qaedah dan (tetap) disunnatkan berpuasa 6 walaupun dia berbuka (tidak berpuasa) dalam bulan Ramadhan (yakni tidak menyempurnakan puasanya dalam bulan Ramadhan). Dan yang dipegang oleh Imam Abu Makhramah, yang mengikut pendapat Imam as-Samhudi, bahawa tidak terhasil (yakni tidak sah) salah satu daripada keduanya jika diniatkan bersama seperti tidak sahnya niat sembahyang Zohor dengan sunnatnya, bahkan yang dirajihkan oleh Imam Abu Makhramah ialah tidak sah puasa 6 bagi sesiapa yang ada atasnya qadha puasa Ramadhan secara mutlak (yakni tanpa mengira sama ada puasa Ramadhan itu ditinggalkan dengan sengaja atau dengan uzur syar`ie).
Dan akhir sekali – maap le dah tak larat dah nak bukak tutup kitab, kalau nak lebih hang pa pi cari sendiri – nukilan dari “Fathul ‘Allam bi syarhi Mursyidil Anaam” karangan al-’Allaamah asy-Sayyid Muhammad ‘Abdullah al-Jurdani, juzuk 4, halaman 164:
Tanbih: Apabila wujud (ada) bagi puasa itu 2 sebab: seperti jatuhnya hari ‘Arafah atau ‘Asyura` pada hari Isnin atau Khamis; atau jatuhnya hari Isnin dan hari Khamis pada bulan Syawwal, maka bertambahkan tuntutan sunnat berpuasa kerana meraiekan kewujudan 2 sebab untuk berpuasa tersebut, maka apabila diniatkan keduanya terhasillah kedua-keduanya (yakni sah dan mendapat ganjaran bagi kedua-duanya) seperti bersedekah kepada kaum kerabat yang mana akan menghasilkan pahala sedekah dan pahala menghubung silatur rahim. Dan sedemikianlah juga jika hanya diniatkan salah satu daripada keduanya pada pendapat yang zahir (yakni menurut apa yang zahirnya daripada pendapat ini, seseorang itu akan mendapat kedua-dua pahala puasa tersebut walaupun dia hanya berniat melakukan salah-satu daripadanya sahaja).
Faedah: Dan berfatwa sekumpulan ulama mutakhir dengan bahawasanya apabila berlaku atas seseorang yang dia berpuasa fardhu dan jatuh puasanya itu pada hari yang disunnatkan berpuasa seperti hari ‘Arafah, hasillah baginya puasa fardhunya itu dan hasil juga baginya pahala puasa (sunnat) pada hari tersebut, sama ada diniatnya (puasa sunnat hari tersebut) bersama dengan puasa fardhu atau tidak. Pendapat inilah yang dipegang oleh Imam al-Khathib, Imam ar-Ramli dan ayahandanya.
Dan berkata Imam Ibnu Hajar: Tidak terhasil baginya pahalanya (pahala puasa sunnat) melainkan jika diniatkannya, maka jika tidak diniatkannya gugur daripadanya tuntutan sahaja.
Dan berkata Imam al-Asnawi: Jika tidak diniatkannya puasa sunnat, hasil baginya puasa fardhu (yakni jika dia hanya meniatkan puasa fardhu tersebut itu sahaja); Jika dia meniatkan kedua-duanya (niat fardhu dan sunnat sekali), tidaklah terhasil baginya sesuatu (yakni tidaklah sah kedua-dua puasa tersebut) sebagaimana disebut oleh asy-Sayyid Abu Bakar beserta dengan tambahan.
Begitulah keterangan yang sempat aku kutip dari beberapa karangan ulama kita yang mu’tabar. Untuk memudahkan pemahaman kita, aku simpulkan pendapat para ulama kita ini seperti berikut:-
  • Tidak boleh dan tidak sah sesuatu puasa, sama ada wajib atau sunnat, jika bermasukkan niat kedua-duanya. Maka jika seseorang yang mengqadha puasa Ramadhannya dalam bulan Syawwal dengan dua niat iaitu niat qadha dan niat puasa 6, maka puasanya itu TIDAK SAH, baik yang qadha maupun yang sunnat. Antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini ialah Imam an-Nawawi dan Imam al-Asnawi.
  • Sah dan boleh, serta terhasil pahala puasa sunnat tersebut walaupun tidak sepenuhnya (yakni tidak sempurna pahalanya), sama ada dimasukkan niat-niat puasa tersebut atau tidak (yakni hanya diniatkan puasa qadha sahaja dan kebetulan dipuasakannya pada hari yang disunnatkan berpuasa seperti bulan Syawwal atau pada hari ‘Arafah), dengan syarat dia tidak mempunyai niat untuk menunaikan puasa Syawwalnya itu pada hari-hari yang lain. Ini adalah pendapat antaranyaImam al-Baarazi, al-Ashfuuni, an-Naasyiri, al-Faqih ‘Ali bin Sholeh al-Hadhrami, Imam Syihabuddin ar-Ramli dan anaknya Imam Syamsuddin ar-Ramli dan nampaknya pendapat ini didukung oleh sekumpulan ulama mutakhir seperti Imam al-Khathib asy-Syarbini, bahkan ianya disebut oleh para ulama Jawi kita seperti Syaikh Arsyaddan Syaikh Muhammad bin Ismail al-Fathani.
  • Sah dan boleh, tetapi hasil asal pahalanya dan bukannya kesempurnaan pahalanya tertakluk kepada wujudnya niat. Hanya jika diikutsertakan niat kedua-duanya, yakni diniatkan dua niat tersebut barulah terhasil asal pahalanya. Ini adalah pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan nampaknya pendapat ini juga banyak diikuti oleh orang kita di rantau sini.
  • Jika diniatkan dua niat, maka hanya sah salah-satu daripadanya. Jika fardhu diniatkan beserta dengan sunnat, maka hanya yang fardhu sahaja sah, manakala niat yang sunnat dianggap tidak berlaku. Ini adalah pendapat Imam as-Samhudi dan Imam Abu Makhramah.
Aku harap penjelasan aku yang dhoif ini dapat difahami oleh kalian dengan sebaiknya. Jika tak faham lagi silalah bertanya, lebih-lebih lagi kepada fuqaha kita yang ada kat luar sana, baik yang masyhur maupun yang mastur. Untuk amalan pribadiku, aku cenderung kepada pendapat Imam an-Nawawi kerana ianya lebih ihtiyath serta keluar daripada khilaf, tapi tidaklah boleh kita menghalang orang yang hendak berpegang dengan pendapat yang dii`timadkan oleh para ulama mutakhir yang lain seperti Imam ar-Ramli dan Imam Ibnu Hajar. Marilah kita sama-sama berpuasa 6 bulan Syawwal ini dengan niat yang tulus ikhlas menjunjung perintah Allah s.w.t. dengan menuruti sunnah Baginda Nabi s.a.w.
الله أعلم
  • (Pesanan) Aku mohon agar sesiapa yang berbulu dengan apa yang aku postkan dalam blog ini, sila keluar dan carilah blog-blog yang bersesuaian dengan jiwa tuan-tuan tu, pilah kat ahkam online ke atau lain-lain yang sewaktu dengannya. Janganlah nak menyemak di sini dan membuang masa aku untuk bermujadalah bab-bab khilafiyyah. Tambahan pula yang nak menyibuk tu, baca pun idak apa yang aku tulis, kalau baca pun abih ke idak, kemedian ada ati plak nak buat komen. Aku harap mereka-mereka tu tahu siapa diri mereka yang aku maksudkan, oleh itu janganlah tak reti bahso atau buat-buat tak reti.

Jirus kubur


Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam “Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi ‘Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.“, juzuk 1, halaman 215.

Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya. Pernah aku mendengar seseorang dalam ceramahnya yang berapi-api membid`ahkan amalan ini. Maaf maaf cakap, mungkin pengajiannya belum tamat agaknya, atau mungkin waktu tok guru sedang mengajar bab ini dia tertidur atau ponteng tak turun kuliyyah agaknya.
Pihak yang melakukannya pula ada yang hanya ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui hukumnya dalam mazhab yang kita pegangi. Ada yang melakukannya tetapi tidak kena caranya sehingga berubah hukumnya dari sunnat menjadi makruh. Untuk manfaat bersama, amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi`i. Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran. Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berada, membuang duit untuk membeli jambangan bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain. Kalau dahulu, orang hanya memetik bunga-bungaan yang ditanamnya sendiri di sekeliling rumah seperti daun pandan, bunga narjis dan sebagainya yang diperolehi dengan mudah dan tanpa sebarang kos. Ini tidaklah menjadi masalah kerana boleh dikiaskan perbuatan Junjungan yang meletakkan pelepah tamar atas kubur. Tetapi menghias kubur dengan jambangan bunga yang dibeli dengan harga yang mahal, maka tidaklah digalakkan bahkan tidak lepas dari serendah-rendahnya dihukumkan makruh yakni dibenci Allah dan rasulNya dan diberi pahala pada meninggalkannya, seperti juga menjirus kubur dengan air mawar. Maka hendaklah dihentikan perbuatan menghias-hias kubur secara berlebihan, membazir dan membuangkan harta. Adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk tujuan tersebut disedekahkan kepada faqir dan miskin atas nama si mati, dan ketahuilah bahawa sampainya pahala sedekah harta kepada si mati telah disepakati oleh sekalian ulama tanpa ada khilaf.
Dalam “I`anatuth Tholibin” karya Sidi Syatha ad-Dimyathi, jilid 2, mukasurat 135 – 136 dinyatakan:-
و يسن أيضا وضع حجر أو خشبة عند رأس الميت،

لأنه صلى الله عليه و سلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون
صخرة، و قال: أتعلم بها قبر أخي لأدفن فيه من مات من أهلي.
و رش القبر بالماء لئلا ينسفه الريح،
و لأنه صلى الله عليه و سلم فعل ذلك بقبر ابنه إبراهيم.
راوه الشافعي، و بقبر سعد رواه ابن ماجه،
و امر به في قبر عثمان بن مظعون راوه الترمذي.
و سعد هذا هو ابن معاذ.
و يستحب ان يكون الماء طاهر طهورا باردا،
تفاؤلا بأن الله تعالى يبرد مضجعه.
و يكره رشه بماء ورد و نحوه، لأنه إسراف و إضاعة مال
Dan disunnatkan meletakkan batu atau kayu (nisan) di sisi kepala mayyit, kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. meletakkan sebiji batu besar (nisan) di sisi kepala (kubur) Sayyidina ‘Utsman bin Madzh`uun, dan Junjungan bersabda: “Agar diketahui dengannya kubur saudaraku supaya aku boleh mengkebumikan padanya sesiapa yang mati daripada keluargaku”. Dan (disunnatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. melakukan sedemikian pada kubur anakanda baginda Sayyidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam asy-Syafi`i; Dan juga pada kubur Sa`ad (yakni Sa`ad bin Mu`aadz) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dan Junjungan s.a.w. telah memerintahkan dengannya (yakni dengan menjirus air) pada kubur Sayyidina ‘Utsman bin Madzh`uun sebagaimana diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi. Dan yang mustahab adalah air tersebut suci lagi mensucikan dan sejuk (air mutlak biasa, jangan pulak disalahfaham dengan air sejuk peti ais plak), sebagai tafa`ul (mengambil sempena) mudah-mudahan Allah menyejukkan kubur si mati (yakni menyamankan keadaan si mati di tempat perbaringannya dalam kubur tersebut). Dan makruh menyiram atau menjirus dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta.
Begitulah ketentuan hukum menjirus kubur dengan air biasa dalam mazhab kita asy-Syafi`i. Diharap sesiapa yang telah beramal, tahu yang amalannya itu adalah sebagai menurut perbuatan Junjungan Nabi s.a.w. dan hendaklah diharap pahala atas amalannya tersebut dengan niat mencontohi amalan baginda. Sebagai penutup aku ingin berkongsi satu doa yang disusun oleh ulama, yang munasabah dibaca tatkala menyiram air atas pusara bermula dari kepala si mati hingga ke kakinya, iaitu:-
سَقَى اللهُ ثَرَاهُ (ثَرَاهَا)
وَ بَرَّدَ اللهُ مَضْجَعَهُ (مَضْجَعَهَا)
وَ جَعَلَ الْجَنَّةَ مَثْوَاهُ (مَثْوَاهَا)
saqaa-Allahu tsaraahu; wa barrada-Allahu madhja`ahu; wa ja`alal jannata matswaahu
Moga-moga Allah menyirami kuburnya (dengan hujan rahmat dan kasih sayang serta menghilangkan dahaganya); Dan menyamankan tempat perbaringannya; Dan menjadikan syurga tempat kediamannya.


الله اعلم

Sapu Muka

Kebetulan bahan untuk posting perkara ni ada depan mata, maka aku tulislah dahulu mengenai amalan yang lazim kita amalkan selepas memberi salam kedua dalam sholat iaitu menyapu muka dengan tangan kanan. Aku teringat sewaktu mengaji dahulu, aku pernah ditegur oleh seorang pegawai penyelidik dari Iraq yang memandang pelik perbuatan menyapu muka selepas salam sholat. Nasib baik perpustakaan dekat dan telah aku tunjukkan kepadanya akan perkataan ulama kita berhubung amalan tersebut. Jadi perkara ini masih lekat dalam kepala aku untuk aku kongsikan kepada ikhwah yang sudi, yang tak sudi tak apa, tiada paksaan. Aku mulakan dengan menukil kalam ulama terbilang, Tok Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathoni, yang menyebut dalam kitabnya “Munyatul Musholli” halaman 18, antara lain:-
Adapun sunnat yang dikerjakan kemudian daripada sembahyang, maka adalah Nabi s.a.w. apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya:“Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kebingungan (stress) dan kedukaan.”
بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم. اللهم اذهب عني الهم و الحزن )
Alangkah indahnya amalan ini, di mana kita memohon kepada Allah agar segala yang merunsingkan kita, yang membingungkan kita, yang menggundahkan hati sanubari kita, yang bikin kita stress, yang membuat kita berdukacita, sama ada ianya kedukaan dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti, biarlah dihilangkan oleh Allah s.w.t. segala kerunsingan dan kedukaan tersebut daripada kita. Amalan ini bukanlah memandai para ulama membuatnya tetapi ada sandarannya daripada hadits Junjungan Nabi s.a.w., dan jika pun hadits – hadits ini tidak shohih (yakni dhoif) maka kaedah yang digunapakai oleh ulama kita ialah hadits dhoif itu adalah hujjah untuk fadhoilul a’maal. Antara haditsnya ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam Ibnus Sunni, al-Bazzar dan Ibnu ‘Adi. Di sini aku nukilkan riwayat Ibnus Sunni dalam “‘Amalul Yawm wal Lailah” halaman 35, yang meriwayatkan bahawa Sayyidina Anas bin Malik r.a. berkata:-
كان رسول الله صلى الله عليه و سلم

إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى
ثم قال: أشهد أن لاإله إلا الله الرحمن الرحيم،
اللهم أذهب عني الهم و الحزن

Adalah Junjungan Rasulullah s.a.w. apabila selesai daripada sholat, baginda menyapu dahinya dengan tangan kanan sambil mengucapkan: “Aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kegundahan dan kedukaan.”
Dalam “Bughyatul Mustarsyidin“, kitab masyhur himpunan Sayyid ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin ‘Umar Ba ‘Alawi, Mufti negeri-negeri Hadhramaut, pada halaman 49 dinyatakan:
(Faedah) Ibnu Manshur telah meriwayatkan bahawasanya adalah Junjungan Nabi s.a.w. apabila selesai sholatnya, baginda menyapu dahinya dengan tapak tangan kanannya, kemudian melalukannya ke wajah baginda sehingga sampai ke janggut baginda yang mulia, sambil membaca:
بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب و الشهادة الرحمن الرحيم

اللهم أذهب عني الهم و الحزن و الغم
اللهم بحمدك انصرفت و بذنبي اعترفت
أعوذ بك من شر ما اقترفت
و أعوذ بك من جهد بلاء الدنيا و عذاب الآخرة
“Dengan nama Allah yang tiada tuhan selainNya, yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Maha Pemurah, Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kegundahan, kesedihan dan kekesalan. Ya Allah, dengan pujianMu aku berpaling dan dengan dosaku aku mengaku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan apa yang aku lakukan dan aku berlindung denganMu dari kepayahan bala` dunia dan azab akhirat.
Begitulah, wahai ikhwah sandaran kita untuk beramal dengan menyapu muka selepas salam sholat. Oleh itu jangan mudah gusar melihat yang melakukannya. Kalau kita tidak suka, maka bagi kita amalan kita dan bagi mereka amalan mereka.

Ibnul Qayyim (Scan Kitab Ar-ruh) : Sampainya hadiah bacaan Alqur’an dan Bolehnya membaca Al-Qur’an diatas kuburan

Posted on October 23, 2009 by salafytobat | Edit
Ibnul Qayyim (Scan Kitab Ar-ruh) : Sampainya hadiah bacaan Alqur’an dan Bolehnya membaca Al-Qur’an diatas kuburan
Scan Kitab bahasa Arab :
Cover :
kitab aroh arab cover
Baca Yang berwarna Merah  (page 5 digital book):
Aroh arab page 5ok
kitab ar-rooh (ar-ruh digital) Bisa di download di :
Scan kitab ar-ruh tarjamah (bahasa melayu) :
cover :
kitab ar-ruh ibnu qayyim_0004
Kitab ar-ruh :
kitab ar-ruh ibnu qayyim_0003
kitab ar-ruh ibnu qayyim_0002
Teks Arab Kitab Arruh Ibnu qayyim pada halaman 5 (kitab digital) :
وقد ذكر عن جماعة من السلف أنهم أوصوا أن يقرأ عند قبورهم وقت الدفن قال عبد الحق يروى أن عبد الله بن عمر أمر أن يقرأ عند قبره سورة البقرة وممن رأى ذلك المعلى بن عبد الرحمن وكان الامام أحمد ينكر ذلك أولا حيث لم يبلغه فيه أثر ثم رجع عن ذلك   وقال الخلال في الجامع كتاب القراءة عند القبور اخبرنا العباس بن محمد الدورى حدثنا يحيى بن معين حدثنا مبشر الحلبى حدثني عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج عن أبيه قال قال أبى إذا أنامت فضعنى في اللحد وقل بسم الله وعلى سنة رسول الله وسن على التراب سنا واقرأ عند رأسى بفاتحة البقرة فإنى سمعت عبد الله بن عمر يقول ذلك قال عباس الدورى سألت أحمد بن حنبل قلت تحفظ في القراءة على القبر شيئا فقال لا وسألت يحيى ابن معين فحدثنى بهذا الحديث   قال الخلال وأخبرني الحسن بن أحمد الوراق حدثنى على بن موسى الحداد وكان صدوقا قال كنت مع أحمد بن حنبل ومحمد بن قدامة الجوهرى في جنازة فلما دفن الميت جلس رجل ضرير يقرأ عند القبر فقال له أحمد يا هذا إن القراءة عند القبر بدعة فلما خرجنا من المقابر قال محمد بن قدامة لأحمد بن حنبل يا أبا عبد الله ما تقول في مبشر الحلبي قال ثقة قال كتبت عنه شيئا قال نعم فأخبرني مبشر عن عبد الرحمن بن العلاء اللجلاج عن أبيه أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عند رأسه بفاتحة البقرة وخاتمتها وقال سمعت ابن عمر يوصي بذلك فقال له أحمد فارجع وقل للرجل يقرأ
وقال الحسن بن الصباح الزعفراني سألت الشافعي عن القراءة عند القبر فقال لا بأس بها   وذكر الخلال عن الشعبي قال كانت الأنصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرءون عنده القرآن قال وأخبرني أبو يحيى الناقد قال سمعت الحسن بن الجروى يقول مررت على قبر أخت لي فقرأت عندها تبارك لما يذكر فيها فجاءني رجل فقال إنى رأيت أختك في المنام تقول جزى الله أبا على خيرا فقد انتفعت بما قرأ أخبرني الحسن بن الهيثم قال سمعت أبا بكر بن الأطروش ابن بنت أبي نصر بن التمار يقول كان رجل يجيء إلى قبر أمه يوم الجمعة فيقرأ سورة يس فجاء في بعض أيامه فقرأ سورة يس ثم قال اللهم إن كنت قسمت لهذه السورة ثوابا فاجعله في أهل هذه المقابر فلما كان يوم الجمعة التي تليها جاءت امرأة فقالت أنت فلان ابن فلانة قال نعم قالت إن بنتا لي ماتت فرأيتها في النوم جالسة على شفير قبرها فقلت ما أجلسك ها هنا فقالت إن فلان ابن فلانة جاء إلى قبر أمه فقرأ سورة يس وجعل ثوابها لأهل المقابر فأصابنا من روح ذلك أو غفر لنا أو نحو ذلك
Membaca Al-qur’an Diatas Kubur Dan Mengadiahkan Pahalanya bagi Mayyit (Muslim)
Tarjamahannnya :
Pernah disebutkan daripada setengah para salaf, bahwa mereka mewasiatkan supaya dibacakan diatas kubur mereka di waktu penguburannya. Telah berkata abdul haq, diriwayatkan bahwa Abdullah bin umar pernah menyuruh supaya diabacakan diatas kuburnya surah al-baqarah. Pendapat ini dikuatkan oleh mu’alla bin hanbal, pada mulanya mengingkari pendapat ini kerana masih belum menemui sesuatu dalil mengenainya, kemudian menarik balik pengingkarannya itu setelah jelas kepadanya bahwa pendapat itu betul.
Berkata Khallal di dalam kitabnya ‘Al-jami’ : Telah berkata kepadaku Al-Abbas bin Muhammad Ad-dauri, berbicara kepadaku Abdul Rahman bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, katanya : Ayahku telah berpesan kepadaku, kalau dia mati, maka kuburkanlah dia di dalam lahad, kemudian sebutkanlah : Dengan Nama Allah, dan atas agama Rasulullah !, Kemudian ratakanlah kubur itu dengan tanah, kemudian bacakanlah dikepalaku dengan pembukaan surat albaqarah, kerana aku telah mendengar Abdullah bin Umar ra. Menyuruh membuat demikian. Berkata Al-Abbas Ad-Dauri kemudian : Aku pergi bertanya Ahmad bin Hanbal, kalau dia ada menghafal sesuatu tentang membaca diatas kubur. Maka katanya : Tidak ada ! kemudian aku bertanya pula Yahya bin Mu’in, maka dia telah menerangkan kepadaku bicara yang menganjurkan yang demikian.
Berkata Khallal, telah memberitahuku Al-Hasan bin Ahmad Al-Warraq, berbicara kepadaku Ali bin Muwaffa Al-Haddad, dan dia adalah seorang yang berkata benar, katanya :Sekalai peristiwa saya bersama-sama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari menghadiri suatu jenazah. Setelah selesai mayit itu dikuburkan, maka telah duduk seorang yang buta membaca sesuatu diatas kubur itu. Maka ia disangkal oleh Imam Ahmad, katanya : Wahai fulan ! Membaca sesuatu diatas kubur adalah bid’ah !. Apa bila kita keluar dari pekuburan itu, berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari kepada Imam Ahmad bin Hanbal : Wahai Abu Abdullah ! Apa pendapatmu tentang si Mubasysyir Al-Halabi ? Jawab Imam Ahmad : Dia seorang yang dipercayai. Berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari seterusnya : Aku menghafal sesuatu daripadanya ! Sangkal Imam Ahmad bin Hanbal : Yakah, apa dia ? Berkata Muhammad bin Qudamah : Telah memberitahuku Mubasysyir, daribada Abdul Rahman Bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, bahwasanya ia berpesan, kalau dia dikuburkan nanti, hendaklah dibacakan dikepalanya ayat-ayat permulaan surat Al-Baqarah, dan ayat-ayat penghabisannya, sambil katanya : Aku mendengar Abdullah bin Umar (Ibnu Umar) mewasiatkan orang yang membaca demikian itu.
Mendengar itu, maka Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepada Muhammad bin Qudamah : Kalau begitu aku tarik tegahanku (Bhs Ind : penolakanku ) itu. Dan suruhlah orang buta itu membacakannya.
Berkata Al- Hasan  bin As-sabbah Az-za’farani pula : Saya pernah menanyakan hal itu kepada Imam Syafi’i, kalau boleh dibacakan sesuatu diatas kubur orang, maka Jawabnya : Boleh, Tidak mengapa !
Khalal pun telah menyebutkan lagi dari As-sya’bi, katanya : Adalah Kaum Anshor, apabila mati seseorang diantara mereka, senantiasalah mereka mendatangi kuburnya untuk membacakan sesuatu daripada Al-Qur’an.
Asy-sya’bi berkata, telah memberitahuku Abu Yahya An-Naqid, katanya aku telah mendengar Al-Hasan bin Al-Haruri berkata : Saya telah mendatangi kubur saudara perempuanku, lalu aku membacakan disitu Surat Tabarak (Al-Mulk), sebagaimana yang dianjurkan. Kemudian datang kepadaku seorang lelaki danmemberitahuku, katanya : Aku mimpikan saudara perempuanmu, dia berkata : Moga-moga Allah memberi balasan kepada Abu Ali (yakni si pembaca tadi) dengan segala yang baik. Sungguh aku mendapat manfaat yang banyak dari bacaannya itu.
Telah memberitahuku Al-Hasan bin Haitsam, katanya aku mendengar Abu Bakar atrusy berkata : Ada seorang lelaki datang ke kubur ibunya pada hari jum’at, kemudian ia membaca surat Yasin disitu. Bercerita Abu Bakar seterusnya : Maka aku pun datang kekubur ibuku dan membaca surah Yasiin, kemudian aku mengangkat tangan : Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Kalau memang Engkau memberi pahala lagi bagi orang yang membaca surat ini, maka jadikanlah pahala itu bagi sekalian ahli kubur ini !
Apabila tiba hari jum’at yang berikutnya, dia ditemui seorang wanita. Wanita itu bertanya : Apakah kau fulan anak si fulanah itu ? Jawab Abu Bakar : Ya ! Berkata wanita itu lagi : Puteriku telah meninggal dunia, lalu aku bermimpikan dia datang duduk diatas kuburnya. Maka aku bertanya : Mengapa kau duduk disini ? Jawabnya : Si fulan anak fulanah itu telah datang ke kubur ibunya seraya membacakan Surat Yasin, dan dijadikan pahalanya untuk ahli kuburan sekaliannya. Maka aku pun telah mendapat bahagian daripadanya, dan dosaku pun telah diampunkan karenanya.
(Tarjamah Kitab Ar-ruh  Hafidz Ibnuqayyim jauziyah, ‘Roh’ , Ustaz Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura, 1990, halaman 17 – 19)
http://salafytobat.wordpress.com/2009/04/23/sampainya-hadiah-bacaan-al-qur%E2%80%99an-untuk-mayyit-orang-mati/

No comments: